Posts

Showing posts with the label aurat

Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak

Image
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang...

Kalau Tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk m ema stikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan m ema tuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berh ema h, kerana hukuman dan denda s ema ta-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati me...

Tutup aurat tak boleh masuk kolam

Image
Mualaf Perancis cabar di mahkamah PARIS: Pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh. Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis. Pegawai di Emerainville, sebuah kawasan luar bandar Paris, berkata mereka membenarkan wanita berkenaan memasuki kolam renang itu bulan lalu dengan memakai 'burqini' yang direka khusus bagi wanita Muslim yang ingin ke kolam renang tanpa mendedahkan tubuh mereka. Namun, apabila dia kembali bulan ini, mereka memberitahunya dia tidak boleh memasuki kolam jika berpakaian sedemikian atas alasan mereka memutuskan untuk menguat kuasakan peraturan kebersihan. Kakitangan kolam renang 'm...

Soal Jawab : AURAT

Image
Soalan : Ustaz saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan aurat. Apakah hukum lelaki melihat rambut perempuan bukan islam semasa melakukan urusan dengan mereka kerana mereka tidak dituntut menutup rambut kerana mereka bukan orang islam.Minta penjelasan ustaz. Jawapan : Assakamu 'alaikum. Menjaga mata dari melihat aurat wanita ajnabi adalah wajib berdasarkan perintah Allah di dalam surah an-Nur kepada lelaki-lelaki beriman (yang bermaksud); “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan”. (30) Tujuan perintah tersebut ialah untuk memastikan jiwa/hati orang beriman sentiasa bersih, agama mereka terjaga dan diri mereka selamat dari terjerumus ke dalam zina dan kejatahan. Kerana itu Allah menegaskan di hujung ayat; “…Yang demikian itu lebih suci b...

Kisah Benar - Pakai tudung

Image
Cahaya hidayah Ibu semakin risau dengan tingkah laku Annisa, adikku. Pelbagai cara ibu lakukan untuk melembutkan hatinya, tapi sehingga sekarang perangai Nisa semakin menjadi-jadi. Sikap Nisa tidak ubah seperti seorang lelaki macho yang tidak mahu mengalah dan sukar ditegur. Ibu dan aku semakin bimbang dengan perangainya kerana tahun ini dia akan menduduki peperiksaan SPM. Dia banyak membuang masa daripada mengulang kaji pelajaran. “ Rilekslah…apa kecoh-kecoh ni, memeningkan kepala Nisa aja. Nisa tahulah, Nisa yang nak exam bukan ibu, bukan abang. Tak payah nak risau. Sendiri mau ingatlah”, kata Nisa membuatkan aku hampir menamparnya, mujurlah ibu sempat menepis. “ Tamparlah, ingat Nisa takut. Ah…sudahlah….”, marah Nisa. Aku menggelengkan kepala. Ibu hanya tertunduk diam. Perangai Nisa semakin teruk. Ibu bertambah tidak senang setipa kali Nisa membawa pulang teman-teman lelakinya ke rumah. Ibu malu dengan jiran-jiran apabila memikirkan tingkah laku Nisa, tambahan pula ibu adalah guru a...

Pornoaksi (Aurat Wanita)

Image
Budaya Pincang: Wanita berpakaian ketat di hadapan mahramnya (kerabat si wanita yang haram menikahinya) dan di hadapan wanita lain saja tidak boleh. Apalagi di hadapan lelaki lain. Masalah wanita berpakaian ketat ini ditegaskan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam: سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي رِجَالٌ يَرْكَبُونَ عَلَى السُّرُوجِ كَأَشْبَاهِ الرِّجَالِ يَنْزِلُونَ عَلَى أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ نِسَاؤُهُمْ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ عَلَى رُءُوسِهِمْ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْعِجَافِ الْعَنُوهُنَّ فَإِنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ Maksudnya: “Akan ada di akhir ummatku orang-orang yang naik di atas pelana seperti layaknya orang-orang besar, mereka singgah di depan pintu-pintu masjid, wanita-wanita mereka berpakaian namun telanjang, di atas kepala mereka ada semacam punuk unta, laknatlah mereka karena sesungguhnya mereka itu terlaknat.” (Hadis riwayat Ahmad. Al-Haitsami berkata: Para periwayat Ahmad dinilai Sahih). Sabda Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam “kasiyat ‘ariyat” telah ditafsirkan: - Berpaka...