Posts

Showing posts with the label imej Islam

Cabaran perbetul imej Islam

TERGANGGU dengan kebangkitan sentimen antiIslam sejak serangan 9/11, Samina Ahmed memulakan misi men didik warga Amerika Syarikat mengenai Islam, sekali gus mengikis salah faham mereka. “(Orang ramai) kerap kali mengajukan pertanyaan,” kata Samina kepada akhbar Springfield News-Sun baru-baru ini, sambil menambah: “Dan saya membuatkan mereka berasa cukup selesa, jadi mereka dapat mengajukan pertanyaan.” Sejak 9/11, Samina, 35, mengadakan seminar dua kali setahun untuk memberikan pendidikan kepada orang ramai mengenai ajaran Islam. Baru-baru ini, penceramah kelahiran Pakistan ini me ngadakan seminar berjudul Pelaksanaan Ajaran Islam di Clark County di sebuah perpustakaan awam. Dia juga mengedarkan terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris secara percuma kepada hadirin. Pada seminar lalu, Samina membincangkan pelbagai topik dalam ajaran Islam, termasuk ibadat puasa dan zakat yang menjadi kewajipan bagi umat Islam. Samina, yang berhijrah bersama ibu bapanya ke Kanada pada usia lima tahun d...