Percayalah dan bersedialah… pasti akan berlaku dalam hidup kita pelbagai silap faham dan tidak sama pendapat. Kenapa? Sebabnya kita semua tidak sama tahap kefahamannya terhadap sesuatu perkara. Namun percaya lah juga bahawa kita semua yang berselisih dan silap faham tadi akan saling tegur, mengenai kesalahan atau idea yang kurang bernas dalam perbincangan dan mencari solusi sesuatu letak perkara yang dibincangkan. Tujuan Menegur “Kau tegur aku atau kau marah aku?” “Engkau mahu nasihatkan aku atau engkau mahu tohmah caci aku?!” Dialog di atas cukup menjengkelkan dan ia sering berlaku kepada kita bahkan. Si penegur atau tukang beri nasihat perlu jelas bahawa perbuatannya hanya satu, tawasau bil Haq wa tawasau bis Sabr. Membetulkan kesilapan dengan memahamkan kebenaran dan mendamaikan dengan kesabaran. Tua dan Muda Dalam soal tegur-menegur ini, biasanya golongan muda akan lebih banyak diam, sementara golongan tua atau senior akan lebih superior atau lantang memberikan nasihat. Dalam masya...