Posts

Showing posts with the label musibah

Banjir di Pakistan: Tarbiyyah Ramadhan untuk kita

Image
Dalam kesibukan kita mengerjakan amal ibadah di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, janganlah kita lupakan isu-isu umat yang sedang berlaku luar sana. Seharusnya kehadiran Ramadhan kali ini juga dapat meningkatkan sensitiviti kita terhadap kesusahan dan penderitaan saudara-saudara seakidah, seterusnya mendorong kita untuk menghulurkan bantuan semampu yang mungkin buat mereka. Beberapa minggu kebelakangan ini, kita digemparkan dengan bencana banjir besar yang melanda Pakistan di mana dianggarkan satu perlima daripada kawasan tanah negara itu mengalami impaknya. Banyak kerosakan dan kemusnahan yang mereka alami. Lebih 2,000 orang terkorban setakat ini dengan hampir sejuta tempat tinggal musnah atau rosak teruk. PBB menaksirkan lebih 20 juta penduduk dan lebih 160,000 kilometer persegi kawasan yang terkesan akibat daripada musibah ini, melebihi jumlah mangsa tsunami pada tahun 2004 di Lautan Hindi, gempa bumi di Kashmir pada tahun 2010 dan gempa bumi di Haiti tahun ini. WHO melaporka...

Musibah ujian tentukan tahap nilai diri umat

Image
APABILA seseorang itu tiba-tiba mendapat kesusahan, kegagalan dalam perkara tertentu atau ditimpa musibah berat dalam kehidupan, mereka menganggap Allah sudah tidak sayangkan mereka. Lebih jauh daripada itu, ada berani mengatakan Allah telah berlaku zalim kerana diberikan kesusahan. Anggapan demikian tidak benar. Mereka tidak sepatutnya berprasangka tidak baik terhadap Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah sekali-kali menganiaya atau berlaku zalim kepada hamba-Nya. Allah sentiasa bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah tetap memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri." (Surah Yunus, ayat 44) Firman Allah lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah." (Surah An-Nisa, ayat 40) Sebenarnya jika ada kepayahan dan kegagalan berde...