Posts

Showing posts with the label Taman2Syurga at yahoogroups dot com

Kisah Nabi Daud Dengan Ulat

Image
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?” Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali. Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?” Akhirnya Nabi Daud menyedar...

Kenapa Orang Islam Hanya Makan Makanan yang Halal?

Image
**Notes : Click the images to enlarge. src : Taman2Syurga at yahoogroups dot com

5 perkara penting dlm hidup...

Image
5 perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha utk mendapatkannya: 1:wajah yang cantik 2:duit yang banyak 3:kesihatan yang baik 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5:tidur yang nyenyak tanpa gangguan ..senang jer untuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari. sabda nabi saw, "siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya; dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat; dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan; dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanafaat; dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak." Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat. src : Taman2Syurga at yahoogroups dot com

Ramai Orang Tak Perasan Terlibat Dengan Syirik

Image
Baca dan fahami..... then FORWARD pada rakan2 Semoga anda di rahmati Allah dalam perkara saling ingat mengingati sesama muslim..... amin Saksikan Program Bersama Ustadz di TV 9 pada 18 dan 19 April 2009 bersama Datuk Dr Amran Bin Kasimin ...sangat menarik bertajuk Sihir. Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. ' Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah b...

Apa Ertinya Saya Menganut Islam (II)

Image
sambungan... Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah 7. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah ilmuan Muslim atau para ulama' berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas yang diizinkan. Firman Allah s.w.t: Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa juaperkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10) 8. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaanNya. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai sembi...

Apa Ertinya Saya Menganut Islam (I)

Image
Assalamualaikum..salam jumaat Apa Ertinya Saya Menganut Islam oleh:Fathi Yakan Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan. Islam dari segi bahasa bermaksud selamat, sejahtera. Islam dari segi istilah bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada ALLAH swt. Firman Allah Subhanahu Wata'ala: "Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). " (Surah Al-Hajj 22: Ayat 78). 1. Saya M...

Kita Dipanggil Allah Hanya Tiga Kali

Image
Buat tatapan bersama semuga memberi kebaikan buat kita bersama..... www.iLuvislam.com santapanrohani editor : almusafirq8 Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah.Aku bertanya pada Ibu. "Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah...?" Maklumlah, ini pertama kali aku berumrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya menunaikan untuk Umrah di bulan Julai 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku mempunyai kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata, "Luqman, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..." Keningku berkerut. "Sedikitnya Allah memanggil kita...? "Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala. "Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu. "Itu adalah panggilan Allah yang perta...

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW 1· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim 2· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) 3· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 4· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim 5· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf 6· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 7· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 8· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUN 1· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. USIA 6 TAHUN 1· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di an...

Walimatul Urus: Di Antara Sunnah Dan Yang Ditokok Tambah

Image
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/ Mewujudkan sebuah perkahwinan adalah merupakan satu langkah yang sangat murni dan sangat-sangat dituntut oleh agama yang fitrah. Perkahwinan atau ikatan pernikahan adalah sebuah sunnah yang mulia yang telah dilakukan oleh para Nabi dan Rasul serta generasi awal dan akhir yang mengikuti petunjuk mereka. Perkahwinan adalah sebuah fitrah yang telah sedia ditanamkan ke dalam jiwa-jiwa manusia seluruhnya. Oleh sebab itu, Islam sangat-sangat menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Ini tidaklah seperti mana yang berlaku kepada sebahagian agama seperti Kristian yang menggalakkan kerahiban, dan pertapaan para sami dari agama budha dan seumpamanya yang melarang perkahwinan. Malahan sebenarnya sebuah perkahwinan merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Dengan perkahwinan, jiwa-jiwa menjadi tenang, hati menjadi tenteram, populasi manusia semakin bertambah disebabkan oleh sebuah ikatan percintaan yang halal lagi sistematik. Sekaligus, ikatan perkah...