Dedah rahsia qari muda
More AIDILFITRI graphics PUTRAJAYA: Johan kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (Dihqa) ke-12, di Dubai, Muhammad Ahmad Zahid, 13, dibawa ke masjid sejak berusia empat tahun untuk menenangkan jiwanya sebelum didedahkan dengan hafazan Al-Quran. Bapanya, Ahmad Zahid Zainal Abidin, 41, berkata dia dan isterinya, Dr Siti Khadijah Fadzil, 42, berbuat demikian bagi memastikan mereka mampu memberi sumbangan berguna kepada umat Islam dengan melahirkan seorang hafiz al-Quran. “Melihat kepada kekurangan dan kelemahan diri sendiri, saya dan isteri bertekad membesarkan anak sebagai seorang hafiz yang boleh memberi sumbangan ilmu dan berdakwah kepada umat Islam lain. “Berikutan itu, saya mula buat kajian menerusi pembacaan dan bertanyakan pakar pendidikan, sebelum mendapati anak perlu dididik dengan al-Quran dan dibudayakan dengan persekitaran masjid. “Itulah yang saya lakukan terhadap anak sulung saya, Muhammad serta empat adiknya,” katanya pada sidang media sele...