Posts

Showing posts from April, 2012

Fonomena Ustaz Don, Hafaz al-Quran selepas SPM

Image
BERBULAN-BULAN usaha mengaturkan sesi fotografi dengan pemuda bernama Don Daniyal Don Biyajid, 28, atau mesra dengan panggilan Ustaz Don ini. Kesibukannya mengehadkan masa bersama media, namun pelawaan wakil TV AlHijrah ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, pada 15 April lalu membuahkan hasil. Kebetulan ketika itu Ustaz Don terbabit dalam program Cinta Masjid yang bertujuan mengembalikan peranan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan kegiatan masyarakat. Sekitar Asar, wakil Rap tiba di pekarangan masjid berkenaan dan apa yang mengagumkan, sepanjang jalan di luar pekarangan masjid di penuhi kenderaan seperti orang menghadiri konsert. Situasi itu sudah cukup menjelaskan berita mengenai fenomena seorang penceramah agama iaitu Don adalah benar. Bukankah ini satu perkembangan baik? Anak muda mula berminat menonton program agama, mendengar ceramah dan tazkirah selain memilih untuk berada di masjid daripada membuang masa pada hujung minggu. “Dalam berdakwah, saya tidak pernah meletakkan sasara

Rezeki

Image
“Segala yang dapat diambil manfaatnya” adalah rezeki. Makna itu diambil berdasarkan kata “rezeki“ yang terdapat dalam terjemahan surah al-Baqarah ayat 3, “… membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki…” Rezeki merupakan salah satu kata kunci dalam ajaran Islam kerana berkait rapat dengan konsep tauhid. Dalam surah al-Baqarah ayat 22 dan 57, konsep rezeki itu dikaitkan secara langsung dengan masalah keimanan. Dalam ayat 22, Allah s.w.t membicarakan tentang hujan yang menyirami pohon-pohon dan menghasilkan buah-buahan “yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu…” Dalam ayat 57 pula Allah s.w.t menyuruh, “Makanlah makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu. Dan tidaklah mereka menganiaya diri sendiri.” Kedua- dua ayat itu menunjukkan bahawa masalah rezeki dapat menjadikan manusia menjadi musyrik dan zalim, apabila mereka yakin bahawa rezeki itu dapat diperoleh dari sumber lain selain Allah s.w.t. HALAL HARAM Ka