Posts

Showing posts from January, 2009

Keturunan Yakjuj, Makjuj

Image
Masjid Al-Aqsa KISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka. "Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah:47) Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai Jew, dari istilah Perancis giu. Jew asalnya istilah Hebrew, merujuk kepada orang Yahudi, etnik dari Israel atau Hebrew (ahli kaum Semit Arab dan Yahudi). Bahasa Latin ringkasya bermaksud Judaean, dari perkataan Judah, iaitu nama kerajaan Judah dan satu suku kaum Israel. Jerman memanggilnya Jude, Juif (Perancis), Jode (Denmark) dan Judio (Sepanyol). Mengikut sejarah, Yahudi yang difahami merujuk dari zaman dahulu kala, malah mengikut adat mengembalikan kepada zaman mil

Silaturrahim & Lapang Dada untuk Memaafkan

Image
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik bahwa Rasulullah saw pernah bersabda: ”Barangsiapa yang ingin dilapangkan rejekinya dan dipanjangkan usianya hendaklah dia menyambung silaturrahim.” Islam sangat menghargai silaturrahmi, karena silaturrahmi dapat menjadi lem perekat persaudaraan. Bila ada dua orang muslim yang saling bertemu, saling tersenyum, saling mengucapkan salam, dan berjabat tangan, maka akan cairlah perasaan saling curiga dan hilang syak wasangka yang ada di dalam dada. Untuk itu kita perlu tetap menjalin silaturrahmi dengan teman, kerabat dan saudara di tengah hiruk pikuk kesibukan dunia yang mendera, meskipun hanya lewat telepon atau sms. Betapa pentingnya silaturrahmi sampai-sampai Rasulullah saw memberitakan adanya dua kebaikan yang akan disegerakan balasannya yaitu berbakti kepada orang tua dan bersilaturrahmi. Rasulullah saw menempatkan perintah menjalin silaturrahmi hanya satu tingkat di bawah berbakti kepada orang tua. Sebaliknya agar tidak mudah

Aqidah dan Pegangan Yahudi Laknatullah

Image
**dipetik dari http://opalotus99.blogspot.com/ @ http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/ Sebenarnya kita agak kurang didedahkan akan pegangan dan akidah orang yahudi laknatullah ini. mengapa sampai begitu tidak berperikemanusiaan langsung dalam diri mereka dengan apa yang mereka lakukan pada umat Islam di Palestin. Keadaan di sana sebenarnya lebih buruk dan kejam berbanding dengan apa yang kita dapat maklumat dan saksikan di kaca televiseyen mahupun media cetak. Saudara-saudara kita di sana sebenarnya dilayan umpama binatang yang langsung tidak bernilai pada pandangan mata puak kufar ini. Info yang penulis dapat dinyatakan sebenarnya ada sesetengah saudara-saudara kita di sana dibakar dan disembelih dengan kejam. Hasil itu semua berdasarkan gambar yang diedarkan melalui email. Untuk penulis paparkan di sini sikit kesukaran kerana gambar dalam bentuk slide powerpoint yang dah di convert. Sepertimana yang kita tahu bangsa yahudi ini juga menganut agama samawi yakni agama wahyu yang ditu

Antara 9 SITI yang patut dicontohi

Image
1) Siti Khadijah Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'. 2) Siti Fatimah Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 3) Siti A'ishah Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama. 4) Siti Hajar Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 5) Siti Mariam Wanita su

Takbur & Sombong Maksiat Hati...

Image
Sombong, bongkak, angkuh dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu salah satu sifat2 mazmumah ( sifat tercela atau terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, namun ia menjadi penghalang daripada memasuki syurga. Rasullah bersabda SAW bersabda yang bermaksud : Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takbur atau sombong. Ini diperkuatkan lagi menerusi firman Allah S.W.T yang bermaksud : " Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba - Ku, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina - dina". ( Al- Mukmin :60 ). Imam Ghazali juga pernah berkata : "Orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar ". src : http://izarshad21.blogspot.com/2008/08/takbur-sombong-maksiat-hati_17.html

Sūrat At-Takāthur

Image
1) 'Alhākumu At-Takāthur Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), - 2) Ĥattá Zurtumu Al-Maqābir Sehingga kamu masuk kubur. 3) Kallā Sawfa Ta`lamū Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! 4) Thumma Kallā Sawfa Ta`lamūn Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! 5) Kallā Law Ta`lamūna `Ilma Al-Yaqīn Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). 6) Latarawunna Al-Jaĥīm (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang 7) Thumma Latarawunnahā `Ayna Al-Yaqīn Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-ora

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan

Image
**dipetik dari : http://haratz.blogdrive.com/ Assalamualaikum... Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi. Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan m

Pesan Imam As-Syafiee

Image
Assalamualaikum… SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iai

Doa untuk ibu dan bapa

Image
Sesungguhnya jasa orang tua kita tidak terhitung banyaknya. Ibu kita mengandung selama 9 bulan kemudian melahirkan kita dengan resiko nyawa melayang. Ketika kita masih bayi tak berdaya, mereka beri kita minum dan makanan. Ketika kita buang air, tanpa jijik mereka membersihkan kita dengan penuh cinta. Kita diberi pakaian dan juga pendidikan. Segala-galanya diberikan. Adakah kita mampu membalasnya? Bahkan seandainya orang tua kita tak berdaya sehingga untuk buang air kita yang membersihkannya, itu tidak akan sama. Orang tua membersihkan kita dengan penuh cinta dan harapan agar kita selamat dan panjang umur. Sementara si anak ketika melakukan hal yang sama mungkin akan merengut dan bertanya bilakah "ujian" itu akan berakhir. Begitulah. Seperti kata pepatah, "Kasih anak sepanjang badan, kasih ibu sepanjang jalan" Tidak boleh dibandingkan. Oleh kerana itu hendaknya kita berbakti pada orang tua kita. Minimal kita mendoakan mereka: Apabila anak Adam wafat putuslah amalnya

20 Amalan Murah Rezeki

Image
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya : 1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) 2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanya

Doa Menghadapi Tekanan

Image
اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku, kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah, Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟ Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkanatau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya untuk menggagalkan urusanku? إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ ،وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الُّدُنْيَا وَالآخِرَةِ Aku mohon be

Doa Khatam Quran - Mustika

Image
Doa Khatam Quran - Mustika Allahummarhamni Bil Quran Waj’alhu lii Imaaman Wa Nuuran Wa Huda Wa Rohmah Allahumma Dzakkirni Minhu maa Nasiitu Wa’allimni Minhu maa Jahiiltu Warzuqnii Tilaawatahu Aana Al Laili Wa Aana An Nahaari Waj’alhu lii Hujjatan Yaa Rabbal ‘Alamin Ya Allah Kasih Sayangilah daku dengan sebab AlQuran ini Dan jadikanlah AlQuran ini sebagai pemimpin sebagai cahaya sebagai petunjuk dan sebagai rahmat bagiku Ya Allah ingatkanlah daku apa-apa yang aku lupa dalam AlQuran yang telah Kau jelaskan dan ajarilah apa-apa yang aku belum mengetahui Dan karuniailah daku selalu sempat membaca AlQuran pada malam dan siang hari Dan jadikanlah AlQuran ini sebagai hujjah bagiku Ya Allah Tuhan semesta alam "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kpdmu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa orang yg berdoa apabila dia berdoa kpdKu, maka hendaklah mereka memenuhi segala perintahKu, dan hendaklan mereka beriman kpdKu, agar mereka selalu dalam kebenaran." [Al

Doa khatam al-Quran

Dimulai dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya. Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam. Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap ke

Allah Maha Adil

Image
Seluruh kampung semacam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Ramli, anak arwah Pak Hamid (bukan nama sebenar) pulang dari luar negara sebagai seorang jurutera dan HAFIZ. Semalam dia mengimamkan solat tarawih. Lunak dan lancar bacaannya. Mereka yang tidak kenal asal-usul Ramli, kagum. Mereka yang lebih mengenali, lebih kagum. Saya adalah antara generasi anak kampung yang masih mengingati Pak Hamid. Malam setelah pulang dari solat tarawih, saya berbual-bual dengan anak saya. "Ayah nak kamu contohi imam muda tadi. Sudahlah hafiz, jurutera pula.." "Hebat betul." "Kalau kamu tahu sejarah hidup dia, kamu akan lebih kagum." "Ayah tahu?" Saya mengangguk. "Dah tentu. kan ayah anak jati kampung ni." ****** Mata saya merenung ke luar tingkap rumah. Pohon nyiur melambai-lambai di kegelapan malam yang disinari cahaya purnama. Dua hari lagi, Aidilfitri menjelang tiba. Sesekali pulang ke kampung terasa kedamaiannya. Nostalgia kisah Pak Hamid terbayang

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza) (Composed by Michael Heart)

A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether they’re dead or alive They came with their tanks and their planes With ravaging fiery flames And nothing remains Just a voice rising up in the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight Women and children alike Murdered and massacred night after night While the so-called leaders of countries afar Debated on who’s wrong or right But their powerless words were in vain And the bombs fell down like acid rain But through the tears and the blood and the pain You can still hear that voice through the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight

Insaflah...

Image
Perjalanan ini masih jauh lagi Ditempoh, mencari erti nilai yang tiada penyudah Usah ego dibuai lena Keseronokan dunia sementara tanpa memikirkan Siapa diri dan di mana kesudahannnya Siapa diri dan di mana kesudahannnya Di manakah fikiran yang dibanggakan? Hanya memikirkan kebahagiaan dunia yang sementara Usah riak! Suatu hari kelak Dihitung amalan kebaikan Kejahatan akan diadili Perjalanan ini sementara Atas hak pencipta yang disanjung Wajib disembah Pencipta alam ALLAH SWT Menyusun kehidupan sementara Pasti musnah suatu hari kelak Atas kehendaknya Akan diadlili tiada yang dikasihi Mengikut amalan melainkan dikerjakan, siksaan ditempuh Tiada pertolongan melainkan amal ibadah SiksaanNya benar Perjalanan tiada erti lagi Lena tanpa bekalan Azab ditgempuh tidak mengenal pangkat Darjat, saudara dan sahabat Rebah menempuh siksaan melainkan amalan Menjadi pendinding Insaflah.... Renunglah dengan teliti erti hidup insani anugerah Illahi untuk kita nikmati kita harus bersyukur kurnia-Nya yang

Kelebihan Menjaga Waktu Solat

Image
ALI bin Abi Talib berkata: “Sewaktu Rasulullah saw duduk bersama sahabat Muhajirin dan Ansar, dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang Yahudi lalu berkata: Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat yang diberikan Allah kepada Nabi Musa yang tidak diberikan kecuali kepada Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab (terhampir).” Lalu Rasulullah bersabda: “Silakan bertanya.” Berkata orang Yahudi itu: “Sila terangkan kepada kami mengenai lima waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.” Sabda Rasulullah: “Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhan-Nya, Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam memakan buah Khuldi, Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam, maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah, pasti Allah memenuhi permintaannya.” “Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh rasul sebelumku. “Subuh adalah sebelum terbit matahari.

Heartbreaking Poem of Palestinian Girl

şiir - شعر - Poem (عربي) فلسطينى انا اسمى فلسطينى فلسطينى انا اسمى فلسطينى نقشت اسمى على كل الميادين بخط بارز يسمو على العناوين حروف اسمى حروف اسمى تلاحقنى تعايشينى تغذينى تبث النار فى روحى وتنبض فى شراينى جبال النهر تعرفنى مغاورها وتدرينى بذلت الطاقة الكبرى وقلت لامتى كونى صلاح الدين فى اعماق اعماقى ينادينى وكل عروبتى للثأر للتحرير تدعونى وراياتي التى طويت على ربوات حطين وصوت مؤذن الاقصى يهيب بنا اغيثونى وألافٌ من الاسري وألافٌ المساجين تنادى الامة الكبرى وتهتف بالملايين تقول لهم الى القدس اليها قبلة الدينِ الى حرب تدك الظلم تُزهق روح صهيون وترفع فى سماء الكون اعلام فلسطين وتهدر كلمتى تمضى فلسطينى فلسطينى فلسطينى (TÜRKÇE) BENİM ADIM FİLİSTİN !!! ADI TÜM MEYDANLARDA YAZILAN FİLİSTİN BENİ SARAN VE KUŞATAN FİLİSTİN RUHUMUN EN DERİNLİKLERINE İŞLEYEN FİLİSTİN TOPRAKLARININ BENİ TANIDIGI BENİMDE ONU TANIDIGIM FİLİSTİN ONU DEĞİL BENİ PARÇALAYIN DEDİDIM VATANIM GEÇMİŞTEN BENİ HER AN ÇAĞIRAN SELAHATTIN BENİ BİNLERCE ESIRI VE MAHKUMUYLA HER ZAMAN YARDİMA ÇAĞIRAN MESCİD-İ AKSA ÜMMETİN İLK KIBLES

Budaya Menegur Kesalahan

Image
Percayalah dan bersedialah… pasti akan berlaku dalam hidup kita pelbagai silap faham dan tidak sama pendapat. Kenapa? Sebabnya kita semua tidak sama tahap kefahamannya terhadap sesuatu perkara. Namun percaya lah juga bahawa kita semua yang berselisih dan silap faham tadi akan saling tegur, mengenai kesalahan atau idea yang kurang bernas dalam perbincangan dan mencari solusi sesuatu letak perkara yang dibincangkan. Tujuan Menegur “Kau tegur aku atau kau marah aku?” “Engkau mahu nasihatkan aku atau engkau mahu tohmah caci aku?!” Dialog di atas cukup menjengkelkan dan ia sering berlaku kepada kita bahkan. Si penegur atau tukang beri nasihat perlu jelas bahawa perbuatannya hanya satu, tawasau bil Haq wa tawasau bis Sabr. Membetulkan kesilapan dengan memahamkan kebenaran dan mendamaikan dengan kesabaran. Tua dan Muda Dalam soal tegur-menegur ini, biasanya golongan muda akan lebih banyak diam, sementara golongan tua atau senior akan lebih superior atau lantang memberikan nasihat. Dalam masya

Budayakan Menegur Dengan Lemah-Lembut dan Bijaksana

Image
Oleh Ad-Dimasyqi Firman Allah ta`ala yang bermaksud: "Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik." (Surah An-Nahl: 125) Sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang benar-benar beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan 'muhkhalafah syar`iyyah' yang terjadi. Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang menyuruh kita merobah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut. Namun persoalan yang timbul ialah adakah seseorang da`ei itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan semberono begitu sahaja tanpa me