Posts

Showing posts from May, 2009

Apa Ertinya Saya Menganut Islam (II)

Image
sambungan... Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah 7. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah ilmuan Muslim atau para ulama' berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas yang diizinkan. Firman Allah s.w.t: Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa juaperkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10) 8. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaanNya. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai sembi

Apa Ertinya Saya Menganut Islam (I)

Image
Assalamualaikum..salam jumaat Apa Ertinya Saya Menganut Islam oleh:Fathi Yakan Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan. Islam dari segi bahasa bermaksud selamat, sejahtera. Islam dari segi istilah bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada ALLAH swt. Firman Allah Subhanahu Wata'ala: "Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). " (Surah Al-Hajj 22: Ayat 78). 1. Saya M

Kita Dipanggil Allah Hanya Tiga Kali

Image
Buat tatapan bersama semuga memberi kebaikan buat kita bersama..... www.iLuvislam.com santapanrohani editor : almusafirq8 Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah.Aku bertanya pada Ibu. "Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah...?" Maklumlah, ini pertama kali aku berumrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya menunaikan untuk Umrah di bulan Julai 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku mempunyai kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata, "Luqman, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..." Keningku berkerut. "Sedikitnya Allah memanggil kita...? "Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala. "Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu. "Itu adalah panggilan Allah yang perta

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW 1· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim 2· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) 3· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 4· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim 5· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf 6· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 7· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 8· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUN 1· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. USIA 6 TAHUN 1· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di an

Walimatul Urus: Di Antara Sunnah Dan Yang Ditokok Tambah

Image
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/ Mewujudkan sebuah perkahwinan adalah merupakan satu langkah yang sangat murni dan sangat-sangat dituntut oleh agama yang fitrah. Perkahwinan atau ikatan pernikahan adalah sebuah sunnah yang mulia yang telah dilakukan oleh para Nabi dan Rasul serta generasi awal dan akhir yang mengikuti petunjuk mereka. Perkahwinan adalah sebuah fitrah yang telah sedia ditanamkan ke dalam jiwa-jiwa manusia seluruhnya. Oleh sebab itu, Islam sangat-sangat menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Ini tidaklah seperti mana yang berlaku kepada sebahagian agama seperti Kristian yang menggalakkan kerahiban, dan pertapaan para sami dari agama budha dan seumpamanya yang melarang perkahwinan. Malahan sebenarnya sebuah perkahwinan merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Dengan perkahwinan, jiwa-jiwa menjadi tenang, hati menjadi tenteram, populasi manusia semakin bertambah disebabkan oleh sebuah ikatan percintaan yang halal lagi sistematik. Sekaligus, ikatan perkah