Hadiah yang cantik bungkusannya, tetapi cacat isinya

Hari ni, ramai orang mengerjakan solat. Alhamdulillah. .. Tapi tahukah anda, solat yang dilakukan itu tidak sempurna jika tidak khusyuk semasa mengerjakannya? Mengapa seseorang patut berasa malu apabila dia tidak khusyuk semasa dia solat? Perumpamaannya begini:

"…ibarat orang yang hendak menyerahkan hadiah kepada seorang raja, sayangnya apabila dibuka, hadiahnya itu cacat. Maka sudah tentulah ia berasa malu di majlis tersebut kerana raja itupun sebenarnya bukan saja tidak perkenan dengan pemberian hadiah serupa itu, malah raja akan murka dengan perbuatannya itu."

Begitulah perumpamaan orang yang ingin mempersembahkan solatnya (hadiah) kepada Allah SWT, tetapi solatnya itu cacat (kerana tidak khusyuk), maka Allah SWT tidak menerima solatnya itu, malah ia hanya akan mengundang kemurkaanNya pula.

Mengapa seseorang memang patut berasa malu apabila dia tidak khusyuk semasa dia solat?

"…ibarat seseorang yang bersiap sedia menghadapi ketibaan pembesar yang hendak datang ke rumahnya, semua dinding luar rumahnya telah dicat begitu cantik, halaman rumah pun sudah dihias. Namun apabila sampai ke dalam rumah didapati penuh dengan sarang labah-labah serta keadaan berselerak dengan sampah sarap. Sudah tentu ini amat memalukan."

Ada orang yang melakukan persiapan yang benar-benar sempurna sebelum mengerjakan solat; dengan wuduknya yang sempurna, dengan wangian & pakaian yang indah-indah, dengan sejadah yang cantik dan lembut kainnya. Malangnya, semasa mengerjakan (mempersembahkan) solatnya kepada Allah SWT, solatnya itu sekali lagi telah menjadi cacat kerana tidak berusaha untuk mendapatkan khusyuk (dalaman), walaupun telah membuat bermacam-macam persiapan sebelum solat (luaran).

"…Dengan hati yang lalai, jadilah solat itu sebagai solat yang boleh dilihat pada zahirnya sahaja, tetapi solat jenis itu Tuhan menjanjikan ganjaranNya dengan api neraka di akhirat kelak."

Mohon Allah lindungi kita daripada ancaman tersebut, dengan berusaha & belajar untuk mendapatkan khusyuk dalam solat kita. Mudah-mudahan, usaha kita diberkati Allah SWT.

(Dipetik dari buku "Khusyuk Dalam Solat")

src : abumeow at yahoogroups.com


Comments

Anonymous said…
oh..sungguh hina diri ini.. =(

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT