Solat Adalah Alat Menemui Allah


HIDUP dalam sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, kita hendaklah sentiasa bersantun diantara satu sama lain agar segala sengketa tidak memihak kepada kita supaya hidup kita sentiasa beroleh keamanan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Kita telah mengetahui bersama, bahawa segala tindak tanduk dan tutur kata Rasulullah s.a.w. terdapat suatu teladan yang baik bagi kita selaku umatnya ikuti. Justeru teladan apa pula yang perlu diambil dari peristiwa israk dan mikraj, mari kita bersama berjalan (israk) menjadikan diri kita manusia agar lebih baik daripada sebelumnya.

Marilah kita menjadikan solat dan ibadat kita sebagai mikraj, kerana dengan solatlah seseorang manusia itu dapat sampai kepada Tuhannya, yang sudah barang tentu dalam solat itu hatinya sentiasa dipenuhi dengan mengingati Allah (zikrullah). Peristiwa mikraj yang setiap tahun disambut oleh umat Islam seluruh dunia adalah suatu peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. dalam peribadatan puncaknya dapat merasakan betapa nikmat berjumpa dengan Allah s.w.t. yang maha hakiki. Namun kita sebagai umat Baginda sudah sewajarnya dapat merasakan pula didalam peribadatan yang kita lakukan sebagaimana yang dirasakan oleh Baginda, didalam solat yang sedang kita lakukan itu kita seolah-olah melihat Allah atau paling tidak merasakan Allah sedang melihat kita.

Dalam mikraj Rasululah mengunakan buraq sebagai alat untuk dapat berjumpa dengan Khaliq yang sentiasa dirindui dan dicintainya. Pun begitu bagi kita umatnya alat dapat kita berjumpa dengan Allah adalah solat, yang dalam pelaksanaan solat itu hati hendaknya sentiasa mengingati Allah (Zikrullah). Mengapa demikian, kerana solat yang hatinya lupa kepada Allah akan menjadi sia-sia. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Banyak orang yang melakukan solat tetapi di mata Allah dianggap tidak melaksanakan kecuali dibalas sesuai dengan apa yang diingatkan didalam hatinya.”

Dalam hubungan ini ingatlah sebuah hadis lagi yang bermaksud: Dari Amar bin Yasir, dia berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Sesunguhnya orang yang mengerjakana solatnya tidaklah ditulis baginya kecuali sepersepuluh solatnya, sepersembilan, seperlapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua.”

Ingat hati kepada Allah (Zikrullah) adalah alat yang paling ampuh untuk menjaga hati agar tidak melirik ke sana ke sini. Solat adalah amal yang dapat mendekatkan diri seseorang itu dengan Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tetap teguhlah kamu, jangan bergeser, dan ketahuilah amalmu yang terbaik adalah solat, dan tidaklah memelihara wuduk kecuali orang beriman.”
(HR. Malik)

src : http://saudagarseposen.blogspot.com/

Comments

Unknown said…
ok this agood i now u a perfect muslim can u techme saya sungguh berputus asa atas segala yang menimpa diri saya terasa ujian yng tiada akhirnya walaupun saya sadar bahwa putus asa adalah dosa tapi bagaimana cara mengatasinya rohmadaini@ymail.com or ainirohmad@gmail.com

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT