Posts

Showing posts from October, 2008

Jangan kejar jawatan pemerintah, nanti kamu menyesal di hari akhirat

Image
Dari Abu Musa menceritakan bahawa suatu ketika dua orang dari suku bapa saudaranya datang kepada Rasulullah SAW, yang seorang mengatakan, “Angaktlah kami untuk jawatan pemerintahan, ya Rasulullah. Dan yang seorang lagi mengatakan perkataan serupa. Baginda SAW menjawab, “Sesungguhnya kami tidak akan mengangkat untuk itu orang yang memintanya dan tidak pula orang yang sangat menginginkannya.” (HR Muslim) Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda, “Sesungguhnya kamu sangat menginginkan jawatan pemerintahan tetapi di hari Kiamat hal itu menjadi penyesalan. Amat baik perempuan yang menyusukan anaknya dan amat buruk perempuan yang berhenti menyusukan.” (HR Bukhari) Dari Abdurrahman bin Samurah RA, berkata bahawa, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Hai Abdurrahman, janganlah kamu melamar pangkat Amir; kerana jika kamu diangkat kerana permohonanmu, beratlah tanggungjawabmu; dan jika pangkat itu diberikan kepadamu tanpa lamaran, tanggungjawabnya lebih ringan.” (HR Muslim) Dari Abu Za

Dawud Wharnsby Ali - Sunshine Dust and the Messenger

Morning light through the bedroom window Slow motion dust specks swirling in the sun I close my eyes, and I’m floating along. Sun did you warm the face of the Prophet The way you warm mine, and make this room glow. Dust were you brushed from the beard of the Prophet, Coming from Jihad so long ago. CHORUS: Allah humma Salli Ala Muhammad Ya Rabbal Alameen Allah humma Salli Ala Muhammad Salallahu Alayhi Wa Sallam Rain pouring down upon my garden. Rhythm of the rain that sings its song. I close my eyes, and I’m floating along. Rhythm of rain were you once a river, That purified the Prophet before his prayers. Were you the same breath from the lips of the Prophet, Carrying wisdom to thirsty ears? CHORUS Sharp clear crescent, lighting the blue night Slipping in silence through the star scattered sky I close my eyes, and I know that I belong. Were you the same moon who lit the way of the Prophet, Slipping through the desert on his Hijrah. Stars did you map the way to Madinah For the blessed M

Patutkah orang Islam benci pada orang Yahudi?

Image
Jawapannya, tidak. Kita TIDAK boleh benci Yahudi kerana dia bangsa Yahudi. Kita PERLU ingt, ada Yahudi yg beragama Islam. Kita TIDAK boleh benci Yahudi kerana dia beragama Yahudi. Kita PERLU ingat, nabi SAW sendiri pernah bekerjasama dgn Yahudi. TETAPI, kita membenci/berkeras/menentang org2 Yahudi yg melakukan kejahatan, kezaliman, etc... terhadap org2 Islam mahupun bkn Islam. Itu sbb dlm al-Quran, apabila disebut kan perkataan Yahudi, perkataan yg digunakan adalah 'al-Yahuud'. al-Yahuud berbeza dgn Yahuud. al-Yahuud bermaksud 'the Jews'. Ini bermakna ia merujuk kpd yahudi2 tertentu, merujuk kpd konteks ayat. Biasanya ia merujuk kpd mereka yg melakukan penentangan keras thdp org2 Islam. "Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik." (al-Maidah 5:82) Yahuud pula bersifat lebih umum, dgn kata lain, ia bermaksud semua/mana2 yahudi. Mungkin dlm masa skrg,

HEAL THE WORLD

Heal The World - Michael Jackson There's A Place In Your Heart And I Know That It Is Love And This Place Could Be Much Brighter Than Tomorrow And If You Really Try You'll Find There's No Need To Cry In This Place You'll Feel There's No Hurt Or Sorrow There Are Ways To Get There If You Care Enough For The Living Make A Little Space Make A Better Place... Heal The World Make It A Better Place For You And For Me And The Entire Human Race There Are People Dying If You Care Enough For The Living Make A Better Place For You And For Me If You Want To Know Why There's A Love That Cannot Lie Love Is Strong It Only Cares For Joyful Giving If We Try We Shall See In This Bliss We Cannot Feel Fear Or Dread We Stop Existing And Start Living Then It Feels That Always Love's Enough For Us Growing So Make A Better World Make A Better World... Heal The World Make It A Better Place For You And For Me And The Entire Human Race There Are People Dying If You Care Enough For The L

Have You HEARD?

Each day we are reminded and each day we say there's not much that we can do it seems so far away So we live our lives in silence pretending not to hear the voices of our people The cry is so so clear Why do we stand by spectating while our brothers cry jihad? We are bound by one conviction: we believe in Allah Chorus: Have you heard of Kosova, of Afghanistan? Have you heard of Palestine [2nd chorus: Bosnia] of Chechan? Have you heard of all these people persecuted in their land? Do you know that all these people are dying for Islam? Have you heard, have you heard have you heard? Each day is like another Nothing seems to change Today he'll lose his brother Tomorrow will be the same Yet his faith makes him stronger he's come so so far The pain in his heart is eased by his love for Allah O I envy you my brother in adversity you pray You know that heaven awaits you at the end of this day src : http://www.lyricstime.com/zain-bhikha-have-you-heard-lyrics.html

Palestin Dan Orientalisma

Image
“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh Apabila kita berdepan dengan kemungkaran, dalam apa bentuk sekali pun, kita boleh bertindak dan memberikan reaksi dalam tiga bentuk. Sama ada kita bertindak mengecam dan mengutuk kemungkaran itu, bertindak mencegah, atau mengubah kemungkaran yang berlaku. MENGECAM Kaedah mengecam adalah kaedah yang paling mudah. Dunia tanpa sempadan hari ini memberikan banyak ruang kepada kita untuk menyalurkan kecaman, sebanyak mungkin. Kecaman tidak memerlukan banyak modal. Sama ada modal fikir, modal idea, modal dakwah, jauh sekali modal material yang menuntut pengorbanan. Kecam tidak perlu kepada analisis. Melaporkan apa yang berlaku, dan mengharapkan massa memahaminya, tanpa sebarang analisis adalah apa yang

Takbur, Hasad & Riak

Image
Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang iaitu yang pertama ialah takbur atau sombong. Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim) Kedua, hasad atau iri hati (dengki). Ciri khas seorang pendengki adalah adanya rasa tidak rela melihat orang lain mendapat nikmat dan sangat berharap nikmat itu segera lenyap daripadanya. Ia susah melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah. Dengki sangat berkesan menghancurkan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dengki itu dapat memakan kebaik

Berapa Kali Nak Cakap...

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram www.iLuvislam.com oleh: umairzulkefli Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.. Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk.. Ada pula yang kate saya kuat emo.. Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.. Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).. tapi saya tak kesah.. asalkan ada yang terhibur.. Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita Macam itulah yang saya rasa.. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'.. Di dorm sms awek sampai pagi.. ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit.. Saya mula berfikir.. "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan

Ya Allah! Kami Rindukan Politik Di Bawah NaunganMu

Image
www.iLuvislam.com Dr. Asri Zainal Abidin* editor : kasihsayang Kegilaan kuasa adalah lambang kedangkalan tentang hakikat kehidupan dunia dan akhirat. Mungkin jika perkara ini disebut kepada orang politik mereka kata “itu cakap yang tidak canggih dalam politik”. Namun mereka lupa, sistem politik perebutan kuasa warisan demokrasi penjajah yang meninggalkan keharmonian sistem Syura dalam Islam itulah yang telah membawa politik kita ke kancah permainan wang, permusuhan, pragmatisme yang melupai prinsip dan segala keburukan yang lain. Sabda Nabi SAW: Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari). Dalam Islam, tanggungjawab kita membaiki keadaan politik, bukan menggilai kuasa politik jatuh ke tangan sendiri. Apabila kuasa itu menjadi kegilaan, maka kawan akan tikam kawan, sahabat akan bunuh sahabat, yang berpakat akan berpecah, yang berb

Nilai Seorang Anak

Image
www.iluvislam.com *Umar Al-Fateh Editor: deynarashid Semalam merupakan hari pertama saya membuat praktikal di hospital. Di Rusia, untuk tahun kedua perubatan, disebabkan masih tidak banyak yang dipelajari, maka sukatan untuk praktikal adalah membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan kejururawatan. Semua rakan-rakan telah pulang ke Malaysia menikmati cuti indah bersama keluarga, hanya saya yang gatal kaki untuk cuba mencari pengalaman di sini. Sepanjang satu hari semalam, hanya satu yang mahu dikongsi. Ceritanya begini. Jururawat memanggil kami (saya dan seorang lagi pelajar), untuk membantunya membersihkan badan-badan pesakit. Ketika sudah selesai dua tiga orang pesakit, kami mendekati seorang tua, yang berselimut. Ketika kami sampai, di bilik tersebut ada 4 orang pesakit yang lain turut menempati bersama di bilik tersebut. Jururawat itu, menarik kain selimut yang menyelimuti badan pakcik tua ini, dan dengan itu jugalah, keluar bauan yang sungguh memedihkan hidung. Kami dapati, katil p

Khusnul Khotimah (kematian menjemput ketika berceramah)

Meninggal secara Khusnul KHOTIMAH " Perhatikan pada dahi seorang Ustadz, perlahan-lahan proses pencabutan nyawa sedang berlangsung oleh "Malaikat Izroil", semoga kita slalu Ingat Mati setiap saat agar kembali kepadanya secara Khusnul Kotimah,, amien ya Rabbal Alamin... Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia... Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung air matamu. Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersamamu. Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT sudah punya jawabannya. Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu. Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon... Allah SWT selalu berada disampi

Qada dan Qadar. Bagaimana Usaha Hamba?

Image
www.iLuvislam.com buluh* editor: kasihsayang PENGENALAN Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam. Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah. ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq. Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan t

Menyingkap Tsunami Melalui Pengajaran Sifat 20

oleh: Abdullah Zaidi Hassan Peristiwa 26 Disember yang lalu merupakan suatu kejadian alam yang seakan memudarkan tahap kemusnahan yang berlaku pada peristiwa 11 September di New York atau akibat bom atom yang digugurkan di Jepun dulu. Sehebat manapun pekerjaan manusia, ianya tiada terbanding dengan penzahiran dari sifat Qudrat Pencipta. Kesedaran ini sepatutnya membimbing manusia supaya lebih bimbang kepada kemurkaan Pencipta daripada kemarahan kuasa-kuasa besar di dunia. Kesedaran ini membawa manusia supaya mengutamakan keredaan Pencipta daripada keredaan kuasa-kuasa besar di dunia. Kemusnahan yang ‘partial’ ini mengingatkan kita kepada kemusnahan yang ‘absolute’ yang akan berlaku menjelang hari Qiyamat nanti. Gegaran bumi pada bacaan sembilan skala Ritcher adalah sebahagian bayangan kepada kedahsyatan yang akan berlaku pada gempa yang hebat itu. Kita sebagai muslim, menilai seluruh peristiwa yang berlaku dengan ungkapan kesedaran “ Wahai Tuhan, tiadalah Engkau jadikan perkara ini

Muhasabah Diri

Image
Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri(melalui) mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa beringat bahwa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu. Tentang tazkirah ini, rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari saya untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini saya cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini. Kita kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat memperingatkan saya dan saya pula memperingatkan sahabat. Betulkan? Sahabat saya, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang aga

Puteriku Siti Hajar - Permata Hati Ayah dalam Kenangan

www.iLuvislam.com oleh:everjihad Dalam kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang tinggal beberapa hari lagi, marilah kita fikir dan renungkan sejenak kisah ini yang saya petik dari sebuah blog seorang bapa dimana anaknya telah pergi menghadap Ilahi pada saat-saat kita menyambut bulan yang mulia. Tujuan artikel ini saya siarkan, untuk anda merenung, penamatan hidup seorang insan yang mungkin seusia kita namun lihatlah penamatan hidupnya yang saya kira husnul khatimah melalui petanda-petanda yang Allah tunjukkan. Renungkan, bagaimana agaknya penamatan hidup kita? Apakah nasib akhir kita kelak? ********************************************* Hati mana tak akan pilu apabila anak tersayang diambil di kala kasih sayang sedia terbelai. Perasaan mana tidak hiba apabila permata hati dirampas ketika dalam dakapan mesra. Emosi mana yang tidak terganggu apabila insan harapan ghaib dalam sekelip mata. Mungkin rintihan ini dek kerana “emotional outburst” yang me

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Selawat Nabi S.A.W. - Sheikh Misyari - Click here for more home videos Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d alam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.