Posts

Showing posts from August, 2008

AKHIRAT TEMPAT PEMBALASAN BAGI HAMBA-HAMBA YANG MUKMIN

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA SESUNGGUHNYA DIJADIKAN NEGERI AKHIRAT SEBAGAI TEMPAT PEMBALASAN BAGI HAMBA-HAMBA-NYA YANG BERIMAN KERANA NEGERI INI (DUNIA) TIDAK CUKUP LUAS (BAGI MENAMPUNG) APA YANG ALLAH S.W.T HENDAK BERIKAN KEPADA MEREKA. BAHAWASANYA DIGANDAKAN SEGALA KADAR (PEMBALASAN) MEREKA, JAUH DARI PEMBALASAN TERHADAP MEREKA YANG DI DALAM NEGERI YANG TIDAK KEKAL INI. Dunia dan manusia ditentukan dengan ajal. Ajal bagi manusia adalah maut, dan ajal bagi dunia adalah kiamat. Umat manusia yang terdahulu hidup sehingga melebihi seribu tahun. Umat Nabi Muhammad s.a.w hidup sekitar enam puluh tahun sahaja. Apabila maut datang berakhirlah kehidupannya di dunia. Apa sahaja yang dimilikinya berpisah daripadanya. Jasadnya dihantar ke dalam tanah, dan hartanya kepada waris-warisnya. Kemuliaan, kekuasaan, kesayangan, kebencian, kehinaan dan segala-galanya ditinggalkannya. Keluarlah roh dari dunia dan ditunggunya pula ketibaan ajal dunia. Berapa juta tah

Tuli, bisu dan buta

Bismillahi ar-Rahmani ar-Rahimi MEREKA TULI, BISU DAN BUTA, MAKA TIDAKLAH MEREKA AKAN KEMBALI ( KE JALAN YANG BENAR). (Al-Baqarah ayat 18) Syeikh Abdul Rahman as-Sa'di mentafsirkan perkataan `mereka tuli' ialah tuli daripada mendengar kebaikan. `Bisu' daripada bercakap mengenai kebaikan. `Buta' daripada melihat kebenaran. - `Tidaklah mereka akan kembali'. Ini kerana mereka meninggalkan kebenaran selepas mengetahuinya. Berlainan dengan mereka yang meninggalkan kebenaran dengan sebab jahil dan sesat. Iaitu kerana mereka tidak memahami dan mereka lebih mudah kembali kepada kebenaran daripada golongan munafik. Al-Mawardi melalui tafsirnya menyebut empat pendapat yang dimaksudkan dengan perkataan bisu: i. Rosak lidah sehingga tidak dapat mengeluarkan huruf dengan sebenarnya. ii.Dilahirkan dalam keadaan bisu. iii.Dicabut mata hati sehingga tidak memahami sesuatupun. iv. Dihimpunkan antara bisu dan hilang akal fikiran. Ibn al-Jauzi di dalam Zad al-Masir berkata: ``Terdapat

Film Hollywood Menuai Kecaman Warga Muslim dan Kritikus Film di AS

Warga Muslim dan kritikus film di Amerika mengkritik film produksi Hollywood yang dibintangi Adam Sandler. Mereka menilai, film itu tidak fair dalam mengekspos konflik di Timur Tengah, memuji-muji Israel tapi melecehkan bangsa Arab dan Palestina. Film itu mengisahkan tokoh yang diberi gelar Zohan, seorang tokoh bekas agen Mossad Israel. Tokoh ini diceritakan sudah bosan dengan pekerjaan menggorok tenggorokan para "teroris" dan ingin beralih profesi menjadi seorang penata rambut. Untuk itu, komando tertinggi tempat Zohan bekerja yang terkenal bengis membuat rekayasa cerita palsu bahwa Zohan telah tewas, padahal Zohan pergi ke New York, menjadi imigran di kota itu dan membuka sebuah toko di kawasan yang didiami banyak warga Israel dan Palestina. Adam Sandler seorang Yahudi Amerika yang memerankan tokoh Zohan mengatakan, film itu membuatnya terkenang akan masa kecilnya di mana ia sering mendengar kisah tentang tentara-tentara Israel yang kuat. Warga Muslim AS yang menamakan diri

Jaga lidah elak buat dosa

KEUPAYAAN lidah memang tidak dijangka. Ia anggota tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati. Lidah hendaklah dikawal daripada berbicara mengenai hal orang lain seperti mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia. Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya. ” Jagalah lidahmu kawan! Agar ia tidak menyengatmu kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya. (Imam al-Syafie) Sayidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata: “Barang siapa banyak bicaranya maka banyak kesalahannya. Orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka.” Daripada Muaz, Rasulullah bersabda: “ Mahukah kamu jika aku katakan kepadamu tentang sendi daripada semua kebaikan? ” Jawab Muaz, “Ya, kami nak tahu.” Maka Rasulullah s.a.w menunjukkan sendi ke

Membiasakan anak "HIDUP BERSAMA AL-QURAN)

Video 1 : Video 2 : Oleh: Zulia Ilmawati (Psikologi, Pemerhati Masalah Anak dan Keluarga) Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang shalih dan shalihah. Anak shalih-shalihah merupakan harta yang paling berharga bagi orangtua. Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orangtua dalam mendidik anak. Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran karena ia adalah pedoman hidup manusia. Rasulullah saw. pernah bersabda (yang artinya): "Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran karena orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci." (HR ath-Thabrani). Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gem

Penyakit ‘aku hebat’

Image
Bersama Zaharuddin Abd Rahman CABARAN dan ujian datang dalam pelbagai bentuk. Bagi yang beramal, ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat dan berasakan keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang diusahakan. Nabi SAW bersabda, ertinya: “Tiga pemusnah (amalan) ialah kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan berasa agung dan hebat dengan diri.” (Riwayat al-Bazzar dan at-Tabrani, Hadis Hasan: Albani) Ada manusia yang terdetik di sudut hatinya: “Aku hebat, aku sentiasa solat berjemaah di masjid.” Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya, malah jauh lebih khusyuk solatnya dan hatinya tawaduk. Sedarkah kita walaupun kita sentiasa ke masjid, namun biasanya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid itu. Mungkin sekali sekala kita yang terawal, namun dalam banyak keadaan lain kita bukan yang terawal. Malah, yang terawal sekalipun belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah SWT. Ada yang terdetik: “Aku hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam,” se

Penawar jiwa yang lesu

Zikir Munajat - Hijjaz Assalamualaikum.. Kadang-kala, dalam keghairahan mencari redha Allah, jiwa kadang-kadang lesu tak bermaya. Apabila ujian satu demi satu diberiNya hati mula keluh kesah. Lagi kuat ujian lagi mula tersasar kita. Mengapa ya? Jangan dibiarkan sahabatku saudaraku fillah yg kucukup kasihi keranaNya. Gembirakanlah hatimu, ranapkan tahzanmu, garapkan keyakinanmu kepada janji Yg Maha Menunaikan janji, Allah Tuhan Sekalian Alam, Dialah Pencipta, Dialah Pentadbir, Dialah Penguasa dan Dialah Pemelihara. Ikhlaskan hatimu dalam menerima agamaNya.. Kerana Dia cukup mengasihi hambaNya yg benar-benar ikhlas dlm memperhambakan dirimu kepadaNya. Redhalah dengan ujian yg diberi kepadaMu. Bersabarlah dengan ujian Tuhanmu, kerana janjiNya kepadamu terlalu banyak andai kau bersabar. a) Allah tidak mensia-siakan kebaikanmu dalam kesabaranmu“ Dan bersabarlah kerana Allah tidak mesia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan” Al Hud: 115 b)Balasan syurga kepada as sabiruun “Dan Dia member

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Image
Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya? Hakikat Demam. Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya : "Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya : "Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim) Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar dar

Warkah Cinta Berbau Syurga

Image
Petikan ini diambil dari bab 16 novel BangTam yang di bawa pulang semasa cuti pertengahan penggal pertama ini. Novel karangan gurunya di MTS Bustanul Ariffin di Tumpat Kelantan - Ust. A. Ubaidillah Alias Terbitan PTS Millenia. Ummi gazzettekan sebahagian bab 16 ini, mungkin ada yang terkait secara tidak langsung namun sebenarnya ia tiada kaitan langsung dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati hanya sekadar mengambil iktibar dari apa yang telah dan tidak dilaksanakan dalam fiksyen ini untuk diubah atau diikuti dalam situasi yang selayaknya. Asssalamualaikum, Wardah, apa khabar? Moga tabah menghadapi segala dugaan. Bagaimana dengan pengajianmu? Harapnya semakin baik. Kuyakin bahawa engkau sentiasa konsisten terhadap pengajianmu. Lantaran itu aku tidak gusar, cuma kulihat engkau dibelit tentang persoalan tentang hubungan kita bukan? Matlamat kita sekarang bukan percintaan tetapi kejayaan dalam pengajian. Kenapa harus pecah kepala memikirkan tentang hubungan.

WARKAH BUAT IBU...

Image
Mak..... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.... Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dan sedia..... Seminggu sebelum tu..... mak dahmenganyam tikar mengkuang 3 helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelahmak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawarancangan radio tu siaran siam..... kengkadang siaran indonesia...mak terustekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tudi gunakan untuk mengiringimak ke kuburan... Pastu mak sapu sampah sekeliling rumahbersih2.... pastu mak jemur karpet-karpet

Abdullah Bin Mas’ud

Soorat Al-Rahmaan - Shaikh: Mishary Rashid Al-Afasy Sabda Rasulullah Saw., “Siapa yang ingin membaca Al Qur’an dengan baik seperti diturunkan Allah, bacalah seperti bacaan lbnu Ummi ‘Abd (‘Abdullab bin Mas’ud) Pada suatu hari, seorang anak gembala yang hampir baligh menghalau domba-domba gembalaannya di jalan jalan kedil perbukitan kota Makkah, jauh dan keramaian. Dia mengembalakan domba-domba kepunyaan seorang bangsawan Quraisy, ‘Uqbah bin Mu’aith.Orang memanggil nama anak itu ‘Ibnu Ummi ‘Abd” Sesungguhnya namanya yang asli “ABDULLAH” dan nama bapaknya “MAS’UD”. Nama lengkapnya “ABDUL LAH BIN MAS’AD” -Anak gembala itu pernah juga mendengar berita berita mengenai Nabi yang baru diutus, serta da’wah yang dilancarkannya. Tetapi gembala kecil ini tidak mem pedulikannya. Mungkin karena usianya yang masih kecil, dan karena jauhnya dan masyarakat Makkah, tempat dirnulainya da’wah tersebut..Anak gembala ini rajin rnenggembalakan domba-domba majikannya. Pagi-pagi sekali dia sudah berangkat ber

Saidatina Aisyah bint Abi Bakr

Image
[ Image is for display purpose only ] Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi and kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.Saidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana universiti memandangkan belum wujud lagi institusi sedemikian pada ketika hayat beliau seperti yang ada sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dala