Penulis di jemput - Projek Penulisan Pengalaman Saudara Baru


Assalamualaikum war wab.

Alhamdulillah pada 30 Oktober 2008 telah termaktub satu kerjasama antara Al Affan Endowment Fund (AEF) yang berpusat di California(USA) , Wanita JIM dan Hidayah Center(HC) untuk menjayakan projek penulisan yang berkisar pengalaman saudara baru aka muallaf.

Projek ini akan mengumpulkan penulisan mengenai kehidupan dan pengalaman saudara Baru, suka dan duka, manis dan pahit dalam mengungguli kehidupan sebagai seorang muslim yang beramal.

Penulisan dan pengalaman HC dan para aktivis lain yang menolong dan memberi sumbangan dalam menangani permasalahan saudara baru juga di alu-alukan. Cerita cerita perkongsian pengalaman yang penuh inspirasi dan menginsafkan perlu diketengahkan untuk menyemarakkan dakwah kita kepada muslim dan non muslim.

Dalam kehidupan kita sepanjang beberapa dekad mesti kita ada menemui dan berinteraksi dengan saudara baru. Tentu ada banyak cerita suka duka mereka, maka sungguh baik kita kongsikan dalam bentuk penceritaan yang menarik dan menginsafkan.

Dengan itu kita boleh menyuntik semangat dan daya juang kepada saudara baru agar lebih yakin dalam mengharungi kehidupan baru setelah ber 'hijrah' yang penuh cabaran dan kesukaran.

Dengan itu juga diharapkan Muslim lain akan rasa terkesan,lebih perhatin dan lebih responsif terhadap nasib saudara baru dan dengan itu dakwah Islam akan terus bersemarak dan menyerlahkan sebagai 'Rahmatan lil Alamin'.

Kami menyeru dan menjemput sesiapa sahaja untuk menyumbang artikel, cerita,musings, bloggers writing dan sebarang penulisan yang berbentuk 'inspirational' dan menginsafkan kepada kami melalui emel kepada saya( endoksempo@gmail. com)

Sebagai projek buku pertama ini kami memerlukan sebanyak 30 artikel yang panjangnya lebih kurang 5 muka surat(1000-1200 perkataan).Jika mendapat sambutan yang menggalakan kami akan terbitkan siri ke dua pula.

Tarikh tutup penyertaan ialah 31Disember 2008.

Disamping itu kami akan memilih dan menilai 3 artikel terbaik untuk diberikan hadiah istimewa.

Selamat Menulis dan Berkarya untuk kepuasan diri dan membahagiakan orang lain.

Puan Hjh Endok Sempo binti M Tahir (012-2292604)
Unit Penulisan dan Penerbitan
Wanita JIM Pusat

src : abumeow at yahoogroups.com

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT