Kebesaran Allah dirasai ketika solat


Sambungan minggu lalu

MINGGU lalu kita menghayati dua contoh bagaimana solat dapat membina sifat yang positif, iaitu rajin dan berjiwa besar. Kali ini kita lihat tiga lagi contoh positif iaitu, berani, disiplin dan sabar.

iii. Berani - Dalam solat, ada ubat atau pil untuk menjadikan orang penakut itu berani. Malahan sebelum mengangkat takbir solat pun, sudah dirasakan betapa hebatnya kekuasaan Tuhan dan betapa lemahnya makhluk ini.

Datang kesedaran yang makhluk tidak ada kuasa langsung. Malaikat, jin, harimau dan manusia lain semuanya setaraf, setitik pun tidak ada kuasa dan kekuatan.

Cuma kalau ada perbezaan antara satu sama lain adalah kerana Tuhan bagi sedikit kelebihan kepada dia.

Tuhan bagi kelebihan tidak sama kepada setiap makhluk. Yang kuat dan berkuasa itu Tuhan, bukan makhluk. Bukan malaikat, bukan jin, bukan manusia dan bukan harimau. Yang patut dan layak ditakuti ialah Tuhan.

Bila Tuhan sebenar-benarnya ditakuti, akan lenyaplah takut dan akan timbullah rasa berani terhadap sesama makhluk.

Ini termasuk juga takut kepada miskin, sakit, hilang pangkat dan jawatan, hilang pengaruh, mati dan sebagainya.

Jika kita sedar semua itu adalah daripada Tuhan, takut kita itu akan berpindah dari perkara terbabit kepada Tuhan.

Begitu juga rasa takut kepada bencana alam seperti banjir besar, gunung berapi, gempa bumi dan wabak penyakit.

Tuhan kata jadi, maka jadilah. Tuhan kata tidak, maka tidaklah. Akan datang rasa takut kepada Tuhan lebih dari takut kepada bencana alam itu.

Takut pada Tuhan itu adalah takut yang hak dan mesti dikekalkan. Takut pada makhluk adalah takut yang batil. la mesti dibuang.

iv. Disiplin - Dalam solat kita berikrar dan berjanji, yang hidup dan mati kita pun untuk Tuhan. Kalau pengakuan macam ini boleh dibuat dan dihayati dengan sepenuh hati, kita akan menjadi seorang manusia yang penuh disiplin.

Kalau satu bangsa boleh buat pengakuan yang seperti ini, bangsa itu akan menjadi satu bangsa yang berdisiplin.

Bila disebut mati, semua orang yakin akan mati. Bila mati ertinya kembali kepada Tuhan. Kembali ertinya pulang ke tempat asal.

Maksudnya, asal kita adalah dari Tuhan. Datang dari Tuhan, kembali pun kepada Tuhan. Maka perlulah kita hidup dan mati kerana Tuhan.

Bila datang dari Tuhan dan kembali pun kepada Tuhan, mesti ada jalan dari dan kepada Tuhan. Bila hidup dan mati kita ikrarkan untuk Tuhan, sudah tentu kita akan ikut jalan ini.

Jalan ini ialah syariat Tuhan. Kita akan ikut syariat Tuhan. Taat dan patuh kepada syariat ini ialah disiplin.

Disiplin termasuk ciri satu bangsa yang agung. Sebaliknya, bangsa yang tidak berdisiplin, sesiapa sahaja yang melihat akan mentertawakan, bahkan akan memperlecehkan mereka.

Tidak ada disiplin di sudut manapun akan menjadi bahan kelakar bagi orang Yahudi. lni dapat kita lihat pada bangsa di Timur Tengah.

Mereka sungguh tidak berdisiplin. Naik bas pun berebut-rebut, tidak tahu hendak beratur. Itu sebab bangsa Yahudi tidak hormat, tidak takut dan tidak gerun dengan mereka. Itu sebab jugalah Yahudi berani memperkotak-katik dan menzalimi mereka.

v. Sabar - Sabar juga termasuk ciri satu bangsa yang agung. Sifat sabar Iebih utama bagi pemimpin.

Oleh itu sifat sabar yang tertinggi dihadiahkan Tuhan kepada pemimpin, kepada kalangan rasul terutamanya yang rasul Ulul Azmi (mempunyai azam yang kuat). Sabar adalah syarat utama bagi seorang pemimpin.

Dalam solat ada ubat dan pil untuk menjadikan seseorang itu penyabar. Sebelum kita mulakan solat pun sudah ada didikan untuk kita bersabar, sama ada kita sedar ataupun tidak, sebab hendak solat bukannya senang, Iebih-Iebih lagi bagi orang yang belum khusyuk.

Hendak solat pun satu ujian. Bukan senang hendak bangun tidur di waktu pagi untuk solat Subuh.

Sebab itu, sesetengah orang, dia duduk-duduk dulu, dia menung dulu, mengenangkan terpaksa ke bilik air.

Kalau tidak sabar, kita tidak akan boleh buat. Kalau tidak sabar, boleh jadi kita akan tidur semula.

Sebelum solat pun sudah perlu banyak sabar. Dalam solat Iebih-Iebih lagi. Bila kita baca ayat 3 surah al-Fatihah yang bermaksud: "Tuhan yang memerintah di hari akhirat" ia menjadi pemangkin untuk kita bersabar.

Bersabar melaksanakan segala suruhan Tuhan. Bersabar meninggalkan segala larangan Tuhan kerana takutkan neraka dan inginkan syurga-Nya.

Biarlah bersusah-susah sedikit. Biarlah sakit sedikit. Biarlah tidak dapat mengikut kehendak nafsu, asalkan di akhirat kita selamat. Dengan itu ia memudahkan kita untuk bersabar.

Samalah dengan orang yang mengejar dunia. Hendak sekolah bukan seronok. Hendak belajar bukan senang. Hendak masuk universiti bukan mudah.

Tetapi demi menjadi pandai, supaya dapat kerja dan jawatan yang tinggi, bersusah payah pun dibuat juga.

Orang boleh bersabar menghadapi apa yang dia benci, apa yang dia tidak suka dan apa yang menjemukannya, asalkan matlamat dan cita-citanya tercapai.

src : http://www.hmetro.com.my/ (adDin)

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT