KAHWIN SESAMA JANTINA - Di Mana Letaknya Kemuliaan Hidup Manusia?


Berita perkahwinan Jessie Chung telah menggemparkan orang ramai. Beliau yang dilahirkan sebagai seorang lelaki telah menjalani pembedahan menukar jantina dua tahun lalu dan melangsungkan perkahwinannya di Kuching, Sarawak, dengan seorang lelaki, Joshua Beh Soo Kiang pada 13 November 2005. 3 orang paderi telah menyempurnakan majlis perkahwinan mereka. Presiden Persatuan Kebajikan Sikh Malaysia, Harbans Singh Gill mengulas, "Perbuatan seperti ini yang tidak disusuli dengan tindakan tegas oleh kerajaan seakan menampakkan negara memandang mudah masalah ini." [Utusan Malaysia, 21/11/05]

Hakikatnya, penukaran jantina adalah haram hukumnya sekiranya telah jelas jantina seseorang itu. Identiti seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan, tidak ditentukan oleh kehendak diri (nafsu) sendiri tetapi ditentukan oleh bentuk fizikal dan fungsi-fungsi fisiologi tubuhnya. Di dalam syariat Islam terdapat 2 perkara yang perlu ditekankan berkaitan dengan isu ini. Pertama, adalah yang bersangkutan dengan istilah khuntsa dan kedua adalah takhannuts.

Khuntsa merupakan individu yang secara fisiologi dan biologi memiliki 2 organ kelamin - lelaki dan perempuan. Namun begitu, bilangan golongan khuntsa ini amatlah sedikit. Oleh kerana fenomena ini merupakan sesuatu yang tabii yang boleh terjadi pada manusia, Islam sejak dahulu lagi telah memiliki sikap tersendiri berkaitan dengan status jenis kelamin individu seperti ini.

Pembedahan jantina dianjurkan terhadap khuntsa untuk memperjelaskan jantinanya. Apabila organ kelamin salah satu jenis itu lebih menonjol, maka dia ditetapkan sebagai jenis kelamin tersebut. Bila organ kelamin lelaki lebih menonjol sama ada dari segi bentuk, ukuran, fungsi dan sebagainya, maka orang ini walau pun memiliki organ kelamin wanita, dia tetap dinyatakan sebagai seorang lelaki. Perkara ini perlu ditetapkan sebelum pembedahan oleh pakar. Sebagai lelaki, beliau tertakluk kepada hukum-hukum Islam sebagai lelaki. Antara lain mengenai batas aurat, mahram, nikah, wali, warisan dan sebagainya. Sebaliknya, jikalau sebelum pembedahan, organ kelamin wanita lebih menonjol dan berfungsi, maka jelas dia adalah wanita, walaupun dia memiliki organ kelamin lelaki. Beliau tertakluk kepada hukum-hukum syara' sebagai wanita. Di dalam karya fiqh terdapat juga istilah "Khuntsa Musykil". Istilah ini membawa maksud bahawa kedua organ kelamin itu berfungsi sama baiknya dan sama dominannya. Untuk kes ini, ijtihad yang mendalam perlu dilakukan oleh ulama yang pakar bagi menentukan status individu tersebut.

Manakala takhannuts pula membawa makna perbuatan orang yang berlagak atau berpura-pura sebagai khuntsa, padahal dari segi fizikal dia memiliki organ kelamin yang jelas. Dari aspek fisiologi dan hukum Islam, individu seperti ini sama sekali tidak ada masalah dalam statusnya apakah lelaki atau wanita. Dalam konteks takhannuts, terdapt banyak gelaran yang diberikan keatas golongan ini, antara lain, bapuk, pondan dan tomboy.

Ada di antara individu di dalam golongan ini yang melakukan pembedahan menukar jantina tetapi pembedahan itu sifatnya cuma hiasan belaka dan tidak boleh berfungsi secara normal. Secara syar'i pembedahan ini membuatnya bertukar jantina. Oleh itu mereka tetap lelaki walaupun suara, bentuk tubuh, kulit dan yang lainnya mirip seorang wanita. Individu seperti ini adalah jelas tetap seorang lelaki. Akibatnya, ta'amul (perlakuan) kita terhadap mereka mestilah mengikut hukum syara' berkaitan dengan lelaki. Dan oleh kerana mereka adalah lelaki, maka pergaulan mereka dengan wanita mestilah mengikut peraturan Islam. Para wanita tetap tidak boleh berkhalwat, ihktilat (bergaul bebas) dan membuka aurat ketika bersama dengan mereka ini. Orang yang melakukan takhannuts ini jelas berdosa kerana telah dengan sengaja menyerupai wanita. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pernah memberitahu, bahawa perempuan dilarang memakai pakaian lelaki dan lelaki dilarang memakai pakaian perempuan. Rasulullah juga melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki yang termasuk diantaranya cara percakapan, gerak geri, cara berjalan, pakaian, dan sebagainya.

Pernah Rasulullah Sallallhu 'alaihi wasallam melarang kaum lelaki dari memakai pakaian yang dicelup dengan 'ashfar (zat warna berwarna kuning yang biasa dipakai untuk mencelup pakaian-pakaian wanita di zaman itu). Ali RadhiAllahu 'anhu mengatakan:

"Rasulullah pernah melarang aku memakai cincin emas dan pakaian sutera dan pakaian yang dicelup dengan 'ashfar" [Hadis Riwayat Thabarani].

Di dalam sejarah Islam tidak pernah timbul kekecohan tentang masalah gay dan lesbian. Selagi syariat Islam diterapkan oleh negara masalah ini tidak akan wujud. Bukan itu sahaja, penerapan aturan Islam juga akan menjadikan masyarakat hidup mulia, aman, dan terkawal. Terjadinya penukaran jantina mengikut nafsu adalah kerana perlaksanaan undang-undang ciptaan manusia yang menggalakkan kebebasan. Islam mengatasi masalah ini melalui pendekatan berikut:

(1) Islam akan bertindak tegas bagi mengatasi masalah ini dengan melaksanakan hukuman mati bagi pelaku homoseksual, baik yang gay maupun lesbian. Rasulullah bersabda: "Barangsiapa menjumpai orang yang berbuat homoseks seperti amalan kaum Lut, maka bunuhlah si pelaku dan yang diperlakukan (pasangannya)" [Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud, dan an-Nasa'i]

Para ulama dan sahabat berbeza pendapat dalam penggunaan jenis hukuman mati bagi pelaku homoseks ini. Ali memilih rejam dan membakar pelaku. Umar bin Khatthab dan Utsman bin Affan bersependapat; pelaku dihempaskan ke tembok sampai mati. Sedangkan menurut Ibnu Abbas, pelaku mesti dilempar dari bangunan yang tinggi dalam keadaan terbalik dan dihujani dengan batu. Meskipun terdapat perbezaan dalam cara menjalankan hukuman namun semua para sahabat bersetuju bahawa hukuman terhadap pelaku homoseks adalah hukuman mati.

(2) Islam mengatur adab pergaulan yang menyelamatkan kita dari perilaku kaum Nabi Lut. Dalam pengaturan ini, ditetapkan bahawa:

a) Penampilan luar lelaki mestilah berbeza dari perempuan dan begitu juga sebaliknya. "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai (penampilan) wanita, dan kaum wanita yang menyerupai penampilan para lelaki." [HR Bukhari].

b) Adalah haram melihat dengan liar aurat sesama jenis mahu pun lawan jenis."Janganlah seorang laki-laki melihat aurat laki-laki lainnya, jangan pula seorang wanita melihat aurat wanita lainnya." [HR Ahmad, Muslim, Abu Dawud, dan at-Tirmidzi]

c) Tidak diperbolehkan tidur satu selimut dengan rakan sejenis apalagi lawan jenis. Peraturan ini juga berlaku untuk anggota keluarga yang sudah baligh. "Janganlah seorang lelaki tidur satu selimut dengan sesama lelaki, jangan pula wanita tidur satu selimut dengan wanita lainnya." [HR. Ahmad, Muslim, Abu Dawud, dan at-Tirmidzi]

d) Seorang Muslim seharusnya redha dengan kedudukannya sebagai lelaki atau perempuan. Dia hendaklah faham akan qadha' dan qadar dan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan Allah ke atasnya. Dia haruslah yakin Allah Maha Adil dan ia tidak sewajarnya mempertikaikan ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Kejadian seperti yang berlaku di Kuching baru-baru ini dan di seluruh dunia, terutamanya dunia Barat jelas memanifestasikan bahawa undang-undang sekular-demokrasi yang ada sekarang ini menggalakkan manusia melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehidupan yang mulia dan terpuji. Apakah undang-undang seperti ini yang diharapkan untuk menghapuskan aktiviti yang terkait dengan isu berkaitan seperti aktiviti homoseksual yang amat menjijikkan?? Hanya dengan penerapan Islam yang kaffah melalui negara Khilafah, masalah seperti ini akan tinggal sebagai sejarah.

src : http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,17030.0/

Comments

Unknown said…
Jadi bagi orang yang telah menjalani pembedahan jantina sudah tidak ada pintu taubat untuknya? Bagaimana kalau seseorang itu ingin beribadat dan meminta ampun?

Sedangkan alat kelamin bentuk badan dan wajah mereka sudahmenyerupai wanita. Tidak kah Allah telah berjanji bahawa tidak ada dosa yang Allah tidak ampunkan melainkan menyekutukan Allah. Jadi bagainmana adakah orang orang begini tidak ada lagi harapan untuknya walaupun telah terlanjur,

Sila balas balik ke email saya galaxy_107@hotmail.com kerana saya inginkan kepastian adakah taubat saya diterima walaupun saya telah menjalani the "complete surgery".

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT