Makanlah Dengan Tangan Kanan


Makan dengan tangan kanan adalah merupakan salah satu adab dalam makan dan minum yang mungkin ada sebahagian dari kita masih tidak mengetahuinya. Begitulah hakikat hebatnya Islam, sehingga persoalan tatacara makan dan minum pun diajarkan, diterangkan dan ditekankan. Maka, kita sebagai individu muslim yang berpegang teguh dengan agama, pasti kita akan bersungguh-sungguh dalam mengikuti setiap disiplin atau apa jua petunjuk yang dijelaskan sama ada bersumberkan dari al-Qur’an mahupun as-Sunnah.

Dalam persoalan ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan pesanannya kepada kita dengan sabdanya (maksudnya),

“Apabila seseorang dari kamu makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Asyrabah)

Saranan Rasulullah tersebut tetap sah (valid) dan tetap perlu dipraktikkan walaupun kita makan dengan menggunakan sudu, chopsticks, garfu, atau selainnya, iaitu dengan semuanya dipegang (atau dikawal) dengan menggunakan tangan kanan.

Maka, inilah dia sebaik-baik petunjuk dan contoh yang perlu kita usahakan untuk mengikutinya dan mempraktikkannya, iaitu petunjuk dari junjungan mulia kita, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut (mengingat) Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

src :
http://fiqh- sunnah.blogspot. com & abumeow at yahoogroups.com

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT