Patutkah orang Islam benci pada orang Yahudi?


Jawapannya, tidak.

Kita TIDAK boleh benci Yahudi kerana dia bangsa Yahudi.
Kita PERLU ingt, ada Yahudi yg beragama Islam.
Kita TIDAK boleh benci Yahudi kerana dia beragama Yahudi.
Kita PERLU ingat, nabi SAW sendiri pernah bekerjasama dgn Yahudi.

TETAPI, kita membenci/berkeras/menentang org2 Yahudi yg melakukan kejahatan, kezaliman, etc... terhadap org2 Islam mahupun bkn Islam.

Itu sbb dlm al-Quran, apabila disebut kan perkataan Yahudi, perkataan yg digunakan adalah 'al-Yahuud'.

al-Yahuud berbeza dgn Yahuud.

al-Yahuud bermaksud 'the Jews'. Ini bermakna ia merujuk kpd yahudi2 tertentu, merujuk kpd konteks ayat. Biasanya ia merujuk kpd mereka yg melakukan penentangan keras thdp org2 Islam.

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik." (al-Maidah 5:82)

Yahuud pula bersifat lebih umum, dgn kata lain, ia bermaksud semua/mana2 yahudi.

Mungkin dlm masa skrg, Yahudi yg kita tentang adalah golongan zionis; yg melakukan pencerobohan, perompakan dan penindasan terhadap bumi Palestin.

Ramai juga rahib2 Yahudi dan orang-orang Yahudi lain yg menentang pencerobohan tersebut. Kita tidak bermusuh dgn golongan ini.

WaLLahu a'alam.

src : reply email from JAKIM

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT