Besarnya Fadhilat Doa Haikal


this article is copied from : http://kitalah.forumotion.com/islam-f6/besarnye-fadhilat-doa-haikal-t708.htm

Assalamualaikum w.b.t,
Semoga sidang pembaca dirahmati Allah s.w.t. Tentu saudara sidang pembaca pernah mendengar sebuah doa yang dikenali dengan nama Doa Haikal. Doa Haikal itu sebenarnya sejenis doa yang menggabungkan beberapa ayat-ayat daripada Al-Quran seperti di bawah;

Haikal Pertama : Ayatul Kursi
Haikal Kedua : Ali Imraan Ayat 35 dan Al Israa' Ayat 77-80
Haikal Ketiga : Al Baqarah Ayat 285 - 286
Haikal keempat : Al Israa Ayat 81-85
Haikal kelima : Al Fath Ayat 27
Haikal keenam : Al Jin Ayat 1-4
Haikal ketujuh : Al Kalam Ayat 51-52

Ketujuh-tujuh ayat Al-Quran itu dimulakan dengan frasa: U'iidzu nafsi bilaahil'aliyil
'azhim yang bermaksud 'Aku mohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Mahabesar. Mengikut versi yang saya pelajari, ada penambahan dua doa haikal lagi sehingga menjadikannya 9 kesemuanya.

Penambahan itu ialah; Haikal Kelapan : Surah Al-Falaq
Haikal Kesembilan: Surah An-Nas

Kedua-dua tambahan surah ini juga dimulakan dengan frasa :
"U'iidzu nafsi bilaahil'aliyil 'azhim" selepas membaca Bismillah.

Doa Haikal ini merupakan sebuah doa yang amat ampuh sekali untuk kita amalkan kerana khasiatnya amat banyak. Bagi sesetengah individu mungkin merasa berat untuk menerima faedah dan khasiatnya yang dilihat terlampau banyak. Faktor ini sedikit sebanyak telah menimbulkan keraguan orang ramai untuk menerimanya.

Ingin saya katakan di sini bahawa khasiat Doa Haikal yang begitu besar itu, pada pandangan kita memanglah besar, tetapi pada Allah s.w.t ia terlalu kecil sekali. Bukankah Allah s.w.t itu Maha Besar, tidak berkurang sedikitpun dari khazanah kekayaan-Nya jika diberikan khasiat itu kepada kita semua? Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Kaya lagi Maha Pemurah. IA berkenan untuk menganugerahkan kurnia-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Jika Allah s.w.t boleh menjadikan ciptaan-Nya yang jauh lebih hebat seperti langit yang luas serta bertingkat-tingkat itu, inikan memberi
faedah dan khasiatnya yang jauh lebih kecil berbanding dengan ciptaan-ciptaanNya yang lain.

Memandangkan Doa Haikal ini amat besar fadhilatnya, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk menceritakan sedikit pengalaman sebenar hamba Allah yang pernah mengamalkan Doa Haikal ini.

Kisah Pertama - Berlaku dalam sekitar tahun 70-an.


Seorang hamba Allah ini bekerja sebagai seorang Renjer di sebuah hutan tebal. Pada ketika itu, bekerja sebagai Renjer merupakan satu pekerjaan yang amat berbahaya kerana terpaksa berdepan dengan pengganas Komunis.

Pada suatu ketika, kem berkawal tempat hamba Allah ini bertugas telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Ketika itu jumlah renjer yang bertugas tidak ramai, jadi mereka dalam keadaan yang tersepit dan diasak dengan hebat oleh pengganas Komunis. Disebabkan keadaan yang begitu genting sekali, hamba Allah ini tidak putus-putus membaca Doa Haikal yang memang sudah menjadi amalan hariannya.

Di saat membaca doa tersebut untuk satu tempoh yang tertentu, tiba-tiba dia merasa
hairan kerana melihat pengganas Komunis tidak menembak ke dalam kem mereka, sebaliknya mereka telah menembak ke atas. Kesemua renjer yang bertugas menjadi tercengang melihat tingkah laku pengganas komunis yang menjerit-jerit ketakutan sambil menembak ke langit.

Sambil membaca Doa Haikal dalam keadaan terpinga-pinga, hamba Allah ini mendengar satu bunyi yang kuat terjatuh di atas bumbung kem yang terletak berhampiran dengannya. Alangkah terkejut dilihatnya, rupa-rupanya bunyi jatuh yang kuat itu datang dari seekor burung yang amat besar seakan-akan burung Garuda. Tatkala melihat burung garuda itu, hamba Allah ini terketar-ketar tidak dapat bergerak. Namun, yang anehnya, burung garuda itu tidakpun menyerangnya, sebaliknya burung garuda itu hanya merenung ke arahnya seolah-olah memberi isyarat bahawa tidak perlu takut
dengannya. Selepas beberapa saat selepas itu, burung garuda itu pun terus terbang meluru ke arah hutan tempat pengganas Komunis itu membuat serangan. Menurut hamba Allah ini lagi, burung garuda itu bukannya seekor, tetapi ada beberapa ekor yang lain lagi yang turut berlegar-legar diudara. Disebabkan keadaan ketika itu gelap, mereka
hanya dapat melihat kelibat burung-burung garuda tersebut dengan cahaya yang datang dari mesingun pengganas komunis. Terdengarlah jerit pekik dan lolongan dari arah hutan belukar tersebut.

Pada keesokan hari, setelah suasana kembali aman, kumpulan renjer ini mula memberanikan diri untuk melihat apa yang telah berlaku di kawasan tersebut. Alangkah
terkejutnya mereka, apabila melihat mayat-mayat anggota komunis bergelimpangan merata-rata, penuh dengan cakaran pada badan mereka. Ada sesetengah mereka mengelupas kulit dan terburai isi perutnya seolah-olah dirobek dan dimakan sesuatu. Berikutan kejadian yang berlaku ini, ia telah memantapkan lagi iman hamba Allah ini sehinggalah
Doa Haikal ini menjadi amalan tetap ke akhir hayatnya.

Kisah Kedua - Sekitar tahun 1995

Hamba Allah ini telah meninggal dunia pada malam Jumaat dan sempat disembahyangkan selepas solat Jumaat. Yang menjadi keanehan pada hari Jumaat itu ialah, jumlah orang yang menyembahyangkannya itu terlampau ramai, seolah-olah hari itu ialah hari raya, dan seolah-olah hari Jumaat itu ialah cuti umum di mana para makmum tidak bergegas-gegas keluar dari masjid. Jadi ini mungkin petanda yang ditunjukkan Allah s.w.t bagi mereka yang mempercayai dan mengamalkan Doa Haikal ini.

Secara ringkasnya, Doa Haikal ini memang mempunyai khasiat yang amat besar. Terpulanglah bagi kita untuk mempercayainya. Bagi sesetengah golongan yang berfahaman Wahabi, sudah tentu mereka akan mengejek dan mencaci hina amalan ini. Sudah tentu juga mereka tidak akan segan silu mengecap sesiapa yang mengamalkannya sebagai
‘sesat’ dan ‘kafir’. Bagi saya, biarlah kerana tabiat itu memang sudah menjadi darah dan daging mereka. Jawapan ringkas saya kepada mereka, ‘Islam itu bukan sekadar seluas ilmu fiqh & ilmu hadis mereka, bahkan melampaui tujuh petala langit dan tujuh petala bumi'. Bagi saya, biarlah mereka dengan kebongkakan ilmu mereka itu, biarlah Si Luncai dengan labu-labunya. Sekian.

Other articles related to Doa Haikal with images of Doa 1 - Doa 7 :
http://alqurandanhadith.blogspot.com/2007/09/doa-haikal.html

Comments

Anonymous said…
Saya juga ada cerita untuk dikongsikan bersama. Kisah cikgu Jantan anak Dato Bahaman yang dianiaya oleh sekumpulan penjahat yang ingin menguji beliau. Dibakar tak hangus. Diselamkan dalam air tak lemas. Ditikam tak lut. Akhirnya cikgu Jantan dilepaskan begitu saja. Sekembalinya ke negeri Pahang. Ada orang bertanyakan rahsianya. Cikgu Jantan menjawab,amalan nya ialah doa haikal. Cerita ini saya terima daripada guru silat saya sebelum saya mula bekerja di Malaysia Timur.

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT