Soal Jawab Santai : Solat Terawih


More RAMADHAN graphics


Ramadhan muncul lagi. Baru-baru ini aku menerima satu mesej melalui YM tentang apa pandangan aku tentang bilangan rakaat solat terawikh. Antara 20 dan 8, manakah pilihan aku.

Sudah pasti ini bukan isu baru untuk aku. Setiap tahun, bila muncul Ramadhan, akan muncullah soalan-soalan ini. Maka jawapan aku kepada yang bertanya melalui YM itu ialah:

a) Aku akan ikut imam sampai habis. Sekiranya imam buat 8 rakaat, maka 8 rakaatlah yang aku buat. Jikalau imam buat 20, 20 jugalah yang aku buat.

b) Jika aku menjadi imam, aku akan memilih melakukan 8 rakaat.

Apakah alasan aku untuk turut bersolat bersama imam sehingga habis tak kira berapa rakaatkah yang beliau lakukan. Ini adalah kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:

إن الرجل إذا صلى مع الإِمام حتى ينصرف حسب له قيام الليلة

“Sesungguhnya seorang lelaki apabila mendirikan solat bersama imam sehingga selesai, maka dikira baginya solat sepanjang malam.” (Sunan Abu Daud:1375, hadith ini dinilai sahih oleh Shaikh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud).

Maka berdasarkan hadith inilah, aku membuat keputusan untuk mengikut imam sehingga habis tidak kira berapa rakaatkah solat terawikh yang beliau imami.

Dan apa pula alasan aku untuk lebih memberi keutamaan kepada 8 rakaat jika aku diberi peluang menjadi imam. Ini adalah berdasarkan hadith ‘Aisyah RA:

ما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة

Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi tidak pernah menambah (bilangan rakat solat malamnya) pada bulan ramadhan dan bulan lain-lain lebih dari 11 rakaat.” (HR Al-Bukhari : 2013, Muslim :736).

Akan tetapi pemilihan aku kepada 8 rakaat ini tidak pula menjadikan aku untuk memerangi mereka yang bersolat melebihi 11 rakaat (termasuk 3 witir). Ini kerana wujud hadith daripada Ibn ‘Umar RA yang berbunyi:

سأل رجل النبي صلى الله عليه وسلم وهو على المنبر: ما ترى في صلاة الليل؟ قال: (مثنى مثنى، فإذا خشي الصبح صلى واحدة، فأوترت له ما صلى)

Seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, ketika itu baginda sedang berkhutbah. Lelaki itu bertanya: “Bagaimana cara solat malam?” Baginda menjawab: “Dua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu bimbang waktu Subuh akan masuk, maka tutupilah solat-solat kamu itu dengan satu rakaat solat Witir.” (HR al-Bukhari: 473).

Maka, bagi aku tidaklah sepatutnya kita bergasak sesama Islam dalam isu rakaat terawikh ini. Oleh kerana ada dalil bagi kedua-dua pihak, maka tak ada apa perlu digaduhkan.

Cuma, kita selalu lupa dengan adab-adab di dalam solat terutamanya solat terawikh ini.

Apakah adab-adab yang dilupakan itu dan dipandang ringan. Ini adalah hasil pemerhatian aku:

1) Membaca al-Quran dengan laju. Sedangkan Allah SWT berfirman: Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil (al-Muzammil 73:04).

2) Meninggalkan bacaan doa istiftah. Ini dapat dilihat apabila selepas mengangkat takbiratulihram, maka terus membaca surah al-Fatihah. Walaupun ia hanyalah sunat, kita hendaklah mencontohi bagaimana Rasulullah SAW bersolat.

3) Mengabaikan toma’ninah. Ini mungkin berlaku kerana mahu mengejar bilangan rakaat dan mahu cepat habis solat. Solat terawikh adalah solat istirehat, maka apa yang perlu untuk berlumba-lumba menamatkannya. Lakukan dengan tenang. Abu Hurairah radhiallahu 'anh meriwayatkan bahawa pada satu ketika pernah seorang lelaki bersolat di dalam masjid sambil diperhatikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila lelaki itu selesai bersolat, baginda menyuruh dia bersolat semula dengan bersabda: “Kembalilah bersolat kerana sesungguhnya kamu masih belum bersolat.” Hal ini berulang sebanyak 3 kali sehingga akhirnya lelaki itu mengakui bahawa dia tidak tahu bagaimana lagi untuk membetulkan solatnya. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar dia dengan bersabda: Apabila kamu berdiri untuk solat, bertakbirlah, kemudian baca daripada al-Qur’an apa yang memudahkan bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah), kemudian berdirilah semula sehingga kamu tegak di dalamnya, kemudian bersujudlah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah), kemudian duduklah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah) dan lakukanlah sedemikian bagi keseluruhan solat kamu.” (HR al-Bukhari:757).

Di dalam hadith yang lain pula disebutkan: “Sempurnakanlah rukuk dan sujud kerana sesungguhnya perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya adalah seperti orang yang lapar, tidaklah dia makan kecuali satu atau dua biji kurma yang tidak mencukupkannya sama sekali (maksudnya – tidak mendapat apa-apa manfaat daripada solatnya).” (Musnad Abu Ya’la:7184. Di nilai sanadnya sebagai jayyid oleh Husain Salim Asad).

4) Tidak merapatkan dan meluruskan saf solat. Ini jelas kelihatan apabila masing-masing mementingkan kepentingan diri sendiri dan keselesaan diri di dalam solat jemaah. Sifat buruk ini membawa kepada pengabaian sunnah Rasulullah SAW di dalam hal saf solat jemaah ini. Bagaimana cara saf yang Nabi SAW ajar? Kata Nabi SAW: “Tegakkanlah shaff-shaff, sesungguhnya apabila kalian melaksanakannya, maka itu seperti shaf-shaf malaikat. Rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah, dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kalian, serta jangan biarkan ada celah untuk syaithan. Barangsiapa menyambung shaff, Allah akan menyambung hubungan dengannya. Barangsiapa memutuskan shaff, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya” (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan An-Nasa’i; serta dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud nombor 620 dan Shahih At-Targhib wat-Tarhib nombor 495).

CARA-CARA SOLAT TERAWIH
Sembahyang terawih ni sebenarnya berapa rakaat? Kenapa ada yang 8 rakaat,
ada yang 20 rakaat?

Rasulullah s.a.w sebenarnya buat 8 rakaat aje. Khalifah Umar al-Khattab lah yang mulakan 20 rakaat yang kebanyakan orang Islam seluruh dunia buat sekarang. So terpulanglah pada masing2, nak buat 8 ke 20, tak salah, yang penting misti rileks dan khusyuk agar diterima Allah.

Nak terawih sorang sorang niat dia apa?
Usolli sunnat-at-Tarawaih rak 'ataini Llillahi Ta'ala
(Sahaja aku solat tarawih dua rakaat sendiri kerana Allah Ta'ala)

Nak terawih ikut imam niat dia apa?
Usolli sunnat-at-Tarawaih rak 'ataini ma'muman Llillahi Ta'ala
(Sahaja aku solat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta'ala)

Boleh tak sembahyang tarawih sorang sorang kat rumah?
Tarawih tu sunat, tak wajib, jadi suka hati lah. Tapi, kalau buat jamaah
tu, orait jugak. Pahala 27 kali ganda campur lagi pahala setiap langkah
pegi masjid, campur pahala niat iktikaf kat masjid, campur gugur dosa bila
bersalaman dengan jemaah, campur pahala solat sunat tahyat masjid dll. Kat
akhirat boleh tolong kita woooo......

Kalau saya sembahyang sorang sorang kat rumah nak baca apa?
Baca apa2 yg kau nak ler..Tapi kalau mengikut kebiasaan, selepas baca
Al-Fatihah, kita ikut susunan Al-Quran dari ayat yang tinggi ke ayat yang
rendah. Sebagai contoh ada imam2 baca berikut:

Tarawih Petama :

1st Rakaat - Al Takathur ("Alhakumuttakthur...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih Kedua :

1st Rakaat - Al-Asri ("Wal 'Asri...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih Ketiga:

1st Rakaat - Al-Humazah ("Wailullikulli humazah...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih Keempat :
1st Rakaat - Al-Fil ("Alam tarakai....")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih Kelima :
1st Rakaat - Al-Kuraisy ("Li i la fi quraisy...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih Keenam :

1st Rakaat - Al-Maun ("Ara aitallazhi...").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih Ketujuh :
1st Rakaat - Al-Kauthat ("Inna A'taina..").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih Kelapan :
1st Rakaat - Al-Kafirun ("Kul ya Aiyyuhal kafirun...").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih Kesembilan :

1st Rakaat - Al-Nasr (Iza jaa'a )
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih Kesepuluh :
1st Rakaat - Al-Lahab ("Tabbat ya da...").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir Pertama :
1st Rakaat - Al-A'la ("Sabbihismarabbikal A'la....").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir Kedua :
Satu rakaat jek - Bacaan Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")
sambung Al-Falaq ("Kul A'uzubirabbil Falaq)
sambung An-Nas ("Kul A'uzubirabbinnas")

Ni sume sekadar guideline je yang biasanya diamalkan di sini. Ada jugak yang baca satu juz dalam satu Tarawih, seperti di Masjidil Haram, di kebanyakan masjid masjid di middle-east dan Europe, di sesetengah masjid di Indonesia dan Malaysia dan di masjid Bukit Batok.

Kalau sembahyang 8 rakaat baca apa?
Ikut je susunan bacaan di atas dari Tarawih ketujuh sampai ke sepuluh.

Witir tu sama dengan tarawih ke?
Tak lah, kan niat dia lain. Witir tiap2 malam boleh buat, tak payah tunggu bulan Ramadan. Tarawih hanya boleh dilakukan eksklusif dalam bulan Ramadan, sebagaimana
ditetapkan Allah.

Kalau tak sembahyang witir boleh? Tarawih je....
Witir tu kan macam penutup, kan? Eloklah kalau kita buat witir, eh? Apasal kat masjid2 ramai orang keluar lepas 8 rakaat, lepas witir dll. Diorang nak keluar diorang punya sukalah. Rata2 yang keluar lepas 8 rakaat tu biasanya pasal nak ikut sunnah, buat lapan cukup. Yang keluar lepas witir tu pasal solat witir tu kira macam 'to wrap up the night', so mungkin diorang2 ni nak sambung sembahyang tahajjud, sembahyang hajat dll kat rumah sendiri, jadi tak mau bungkus dulu. Yang keluar lepas solat Isyak tu sume pengantin baru.

src : http://shw.fotopages.com/15997992/Solat-Terawih.html

Comments

Pu3 said…
assalamualaikum! nak soal beberapa soalan je.. sebelum tu, info yg ayesha bagi pasal solat terawih ngan witir tu sgt bagus.. paham la jugak n boleh dijadikan panduan.. so, soalan pertama saya, saya tgk beberapa artikel lain pasal solat terawih ni boleh dijadikan 4 rakaat skaligus. boleh ke??? confuse la plak. and solat witir tu perlukan satu rakaat je ke? klu buat tiga rakaat sekaligus bleh ke sbb ade artikel lain kate kena 8 rakaat terawih ngan 3 rakaat witir.. blur la plak.. moge2 dpt la jawab soalan saya!
Pu3 said…
Assalamualaikum kak ayesha!

nak soal beberapa soalan pasal solat terawih ngan solat witir.. sblum tu nak kata your blog sgt senang paham and thank you for posting it!

tapi bendanya saya tgk artikel lain dlm net pasal subjek berkenaan tu mcm clash la plak.. confuse dibuatnye.

1. Solat Terawih tu bleh dibuat 4 rakaat, 4 rakaat ke? ke die kena 2 rakaat je?

2. Solat Witir tu kena 3 rakaat ke (solat terawih 8 rakaat) ke bleh 1 rakaat jugak? and bleh ke skaligus solat 3 rakaat trus?

3. Kalau solat terawih ngan witir tu ulang surah pendek yang same bleh kan? x de masalah kan?

moga2 dpt la jawab soalan saya! trimas
@ayesha said…
salam Pu3..
Syukran jazilan krn melawat blog 4ayesha. Bagi soalan2 yg Pu3 tanya, saya bukanlah org yg arif utk menjawab soalan2 Pu3 :)

Saya cadangkan Pu3 download Panduan Solat Tarawih drpd Jakim di sini : http://www.ziddu.com/download/6147756/PanduanSembahyangSunatTarawih.pdf.html

Semoga link tersebut membantu :)
Jzk.

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT