Menangis Ketika Solat


Di jelaskan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidzi,Ahmad,Abu Daud, dan An-Nasai’. Imam Tirmidzi mengelaskannya sebagai Sahih.
“Aku melihat Rasulullah saw bersolat sedangkan dadanya bergetar-getar seperti air mendidih kesan dari esakan tangisan.”

Menangis boleh tetapi tidak bersuara keras kerana tangisan. Kerana dikhuatiri ia boleh memasuki wilayah bercakap-cakap secara tidak sengaja.

Dalilnya:
Muslim pula meriwayatkan daripada Muawiyah bin Hakim al-Sulami r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. menegurnya kerana mendoakan kebaikan kepada oran g yang bersin ketika dalam solat. Sabda Baginda:
"Solat ini tidak boleh dimasuki oleh apa-apa daripada percakapan manusia. Ia hanyalah tasbih dan takbir dan bacaan al-Quran."
(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim pada bab Masjid dan tempat-tempat solat: Haram bercakap dalam solat dan pembatalan apa yang mengharuskannya.)

Huraian: Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa hadis ini adalah dalil yang mengharamkan bercakap-cakap di dalam solat sama ada secara sengaja atau untuk keperluan. Sekiranya orang yang sedang bersolat perlu menegur bacaan imam atau perlakuan imam yang bersalahan dengan tertib solat, hendaklah dia bertasbih jika lelaki dan menepuk tangan jika perempuan. Boleh juga dia memberikan isyarat untuk menjawab salam atau menunjukkan sesuatu. Ini adalah pendapat yang dipegang oleh jumhur.

WaAllahualam

src : www.iluvislam.com (forum)

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT