Luruskan Hatiku


Ya ALLAH...
dengan berkat NabiMu
dan berkat guruku
luruskanlah hatiku
agar agamaku lurus
betulkanlah hatiku
agar aku ikhlas selalu
tetapkanlah hatiku
agar aku tidak tergugat
dengan ujian yang menimpa

Ya ALLAH...
Tuhan yang mencipta hati
bersihkanlah hatiku
agar mazmummahku
tidak merosakkan agamaku
dan juga tidak merosakkan
kehidupan orang lain

Wahai TUHAN...
yang membolak-balikkan hati
kuatkanlah hatiku
agar keyakinanku tidak berubah
supaya aku sentiasa tabah

TUHAN...
ENGKAU tetapkanlah imanku
agar sentiasa mengingatiMU
supaya aku sentiasa tenang
kerana ENGKAU melindungiku
di dalam hidupku

Ya Allah...
kuatkanlah imanku
agar aku merasa malu menderhaka padaMU
dengan melanggar perintahMU
kuatkan aku agar sentiasa siap sedia
melaksanakan perintahMU

Ya Allah...
Tuhan yang menjaga hati
baikilah hatiku
jauhkan lah hatiku dari segala penyakit hati
agar seluruh hidupku menjadi baik
supaya tidak khianat
dan tidak berhasad
juga tidak berdendam
sesama manusia

TUHAN...
tumpahkanlah ke dalam hatiku
ilmu yang bermanfaat dan hidayahMU
hingga dapat menyuluh hati
dan menerangi kehidupanku
supaya aku sentiasa taat padaMU

Ya ALLAH...
aku bermohon padaMU Ya ALLAH
pemudahkan urusan ku di dunia dan akhirat
kabulkanlah doa-doaku ini...

Amin Ya Rabbal'alamin...

src : http://cikgunurul.files.wordpress.com/

* with abit amendments by me

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT