Para Shuhadaa'



"Janganlah kamu anggap mati orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu! Tidak! Mereka itu hidup, mereka mendapat rezeki dari sisi Tuhan.
Mereka gembira kerana kurnia yang telah diberikan Allah kepada mereka, dan mereka merasa girang terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka (orang-orang yang masih hidup dan terus berjuang dengan tidak mengenal takut), bahawa mereka tiada merasa takut dan tidak pula menanggung dukacita.
Mereka girang kerana kurnia dan pemberian Allah. Dan sesungguhnya Allah itu tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang beriman"
Aali- Imran 169-171


Abu Zubair Al-Madani, Sarajevo Airport 1992, usia 24 tahun

Dilahirkan dan dibesarkan di Madinah, cinta kepada Islam memenuhi zaman remajanya. Beliau menghabiskan bertahun-tahun mempelajari dan mengembang agama Allah. Seorang saudara yang sangat terkenal di Madinah. Beliau ke Afghanistan untuk meyertai abangnya di dalam Jihaad pada usia yang masih muda, 17 tahun. 6 tahun dihabiskan di Afghanistan berjuang bersama para saudaranya di dalam jalan Allah. Beliau bersama-sama mereka semasa Jaajil, Jalalabad dan Kabul ditawan. Selepas penawanan Kabul beliau kembali ke Madinah dan tinggal di sana selama beberapa bulan. Beliau dianugerahkan dengan suara yang indah dan beliau menggunakannya untuk merakamkan kaset audionya yang terkenal, berkenaan para saudaranya yang terkorban di Afghanistan, tajuk kaset tersebut adalah, Qawaafil-ush-Shuhada’.

Beliau sentiasa bercakap dan menyebut tentang satu perkara sahaja, iaitu Jihaad dan Shahid. Beliau pernah ditanya pada suatu ketika, ‘Kenapa kamu bergesa kepada Shahid sedangkan kamu belum melakukan sebanyak mana untuk Islam?’. Maka beliau menjawab, ‘Apakah yang saudara-saudaraku telah berikan kepada Islam, mereka yang telah Syahid sebelumku? Jiwa kita adalah perkara yang paling berharga yang boleh kita berikan.’ Pada musim panas 1992, beliau terdengar tentang kezaliman ke atas para saudara Islamnya di Balkan lantas beliau bersegera bersama-sama dengan seorang saudaranya dari Madinah, Abu-Abbas, ke Bosnia. Mereka tinggal di sana selama 2 bulan sehingga mereka berjuang merpertahankan Lapangan Terbang Sarajevo. Peperangan sangat sengit dan ramai para pejuang yang berundur dari medan peperangan melainkan Abu-Zubair dan Abu-Abbas. Abu-Zubair dan Abu-Abbas tetap meneruskan perjuangan mempertahankan Lapangan Terbang Sarajevo menentang Pasukan Bangsa-bangsa Bersatu Mesir sehingga mereka gugur shahid. Kita berdoa moga Allah SWT menerima mereka dari kalangan para shuhadaa’ dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang tertinggi dikalangan para Nabi, para Shuhadaa’, para Muttaqun dan para Siddiqin.

Imraan At-Turki, Elyash, 1992

Saudara Turki, berwarganegara Amerika, beliau adalah Amir kepada semua para Mujahideen dari Turki di perkhemahan barisan hadapan di mana terdapat 2 rumah untuk para Mujahideen Arab dan sebuah untuk para Mujahideen Turki. Beliau selalu pergi mendengar pengajian di rumah para Mujahideen Arab dan kemudian kembali kepada para Mujahideen Turki dan memberikan mereka pengajian yang sama.

Beliau adalah seorang yang sangat merendah diri dan bertaqwa. Beliau selalu menjelajah jalan-jalan dan lorong-lorong mencari anak-anak yatim Bosnia agar beliau dapat memberikan mereka wang dan menjaga mereka kerana pada ketika itu Badan-badan Sukarela Kristian sedang melarikan anak-anak yatim Islam ke Eropah dan menjual mereka di sana untuk menjadikan mereka Kafir.

Kemudian beliau mendengar daripada para saudara Arabnya tentang sebuah operasi di sebuah bandar yang dikuasai oleh Serbia, bernama Elyash. Beliau telah menyertai para saudaranya di dalam operasi ini dan beliau telah ditembak di bahagian perut 5 kali ketika beliau sedang melaungkan ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar’. Ramai para Mujahideen menyaksikan senyuman yang terukir pada wajahnya ketika tubuhnya ditemui.

Abu-Maryam Al-Afghani, Elyash, 1992

Mujahid dari Afghanistan, beliau datang ke Bosnia pada 1992. Semua para Mujahideen Arab dan Bosnia yang melihat Abu-Maryam berkata bahawa ‘Ini ada seorang shuhadaa’’. Pada suatu hari beliau sedang duduk bersama-sama para saudaranya apabila salah seorang daripada mereka bertanya, ‘Wahai Abu-Maryam, siapakah yang akan menjaga anak perempuanmu Maryam setelah kau shahid?’. Beliau menjawab dengan suara yang tegas, ‘Allah akan menjaganya.’ Kemudian beliau mengangkat jarinya ke arah langit dan berkata ‘Allah…Allah.’ Kemudian beliau mula menangis dan semua mereka yang bersama dengannya turut menangis bersama-sama dengannya. Beliau mempunyai pergantungan yang sangat tinggi terhadap Allah SWT. Beliau berkeperibadian mulia, selalu berpuasa dan tidak banyak bercakap. Beliau gugur Shahid di dalam sebuah operasi menentang Serb di Elyash pada 1992.

Isterinya, Umm-Maryam, pada asalnya seorang saudara baru dalam Islam dan beliau gembira apabila mendengar berita ini kerana beliau juga adalah seorang wanita Mujahidah. Beliau bersabar dengan berita tersebut. Saudara kandung Abu-Maryam ingin menikahi beliau tetapi beliau berkata bahawa, ‘ Sesiapa yang menikahiku mesti memenuhi satu syarat dan syarat itu adalah dia akan tinggal bersamaku selama 15 hari dan kemudian dia pergi berjihaad.’ Saudara kandung Abu-Maryam menolak syarat ini. Adik/Kakak beliau yang merupakan seorang yang bukan Islam memeluk Islam apabila beliau melihat kesabaran dan ketabahan adik/kakaknya Umm-Maryam. Kini, alhamdulillah, Umm-Maryam telahpun bernikah dan suaminya sedang berjihaad.

Abu-Sahab Al-Haa’ilee, Trafnik, 1993

Abu-Sahab adalah dari bandar Haa’il, di utara semenanjung Arab. Seorang saudara yang sangat berani dan penyabar, beliau sedang dalam perjalanan melalui Trafnik bersama-sama dengar saudara-saudaranya apabila mereka ditawan oleh pihak Croat. Abu-Sahab telah menyuruh para saudaranya agar melawan dan jangan menyerah diri. Saudaranya mencadangkan agar mereka menyerah diri pada masa itu dan mungkin mereka akan dibebaskan kemudian. Semasa mereka ditawan, tentera Croat melihat Kalashnikov Abu-Sahab dalam keadaan bersedia untuk digunakan. Mereka menembaknya dengan 5 peluru semasa beliau sedang melaungkan ‘Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah….Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah.’ Kita berdoa moga Allah SWT menerimanya dari kalangan para Shuhadaa’.

Abu-Ali Al-Kuwaitee, Trafnik 1993

Seorang First Lieutenant di dalam Tentera Udara Kuwait, beliau ada seorang yang selalu menyeru orang ramai agar mengabdikan diri kepada Allah SWT. Beliau sangat dikasihi oleh semua para saudaranya dari kalangan Arab dan Bosnia. Kepakarannya adalah 120mm Mortar. Beliau juga ditawan bersama dengan saudaranya Abu-Sahab Al-Haa’ilee dan ketika diseksa beliau menunjukkan kesabaran yang tinggi. Salah seorang saudara yang tertawan bersama beliau berkata, ‘Sekiranya kamu menangis atau menunjukkan kesakitan mereka akan berhenti menyeksa’. Abu-Ali menjawab, ‘Tidak, insha’Allah, aku tidak akan sekali-kali menangis.’ Semasa beliau dipenjarakan, Tentera Udara Kuwait memecat beliau dari jawatannya. Ketika Abu-Ali mendengar berita itu beliau berkata, ‘Alhamdulillah.’ Beberapa bulan kemudian beliau dibebaskan dalam satu pertukaran tawanan. Kemudian beliau menyertai sebuah operasi bersama para saudaranya menentang Croat. Beliau berada di sebuah kawasan periuk api semasa operasi tersebut dan seluruh kakinya diletupkan keluar semasa beliau sedang melaungkan ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar.’

Abu-Mu’az Al-Qatari, Abu Saleh Al-Qatari, Abu-Abdullah Al-Qatari, Abdullah Affendi Al-Bosnawi


Abu Mu’az Al-Qatari berusia 21 tahun dan merupakan seorang Hafidz Al-Qur’an. Beliau mempunyai banyak ilmu Islam. Seorang Komander di Afghanistan dan anak kepada seorang ahli perniagaan yang sangat kaya di Qatar. Beliau berpuasa selang sehari dan bersolat pada sepanjang malam dan berjalan melalui perkampungan memberikan dakwah sepanjang hari bersama-sama dengan saudara-saudaranya Abu-Saleh Al-Qatari dan Abu-Abdullah Al-Qatari. Abu-Saleh Al-Qatari adalah seorang yang sangat disenangi oleh para Arab dan Bosnia. Abu-Mu’az juga ditawan oleh Croat apabila beliau tersesat jalan di Trafnik tetapi beliau kemudiannnya dibebaskan dalam satu pertukaran tawanan.

Pada suatu ketika beliau sedang dalam perjalanan ke Sarajevo bersama-sama saudara-saudaranya Abu-Saleh dan Abu-Abdullah Al-Qatari apabila mereka bertemu dengan seorang saudara Bosnia, Abdullah Affendi. Abdullah Affendi berkata, ‘Aku akan ke Sarajevo bersama-sama kamu.’ Dia kemudian kembali memberitahu isterinya bahawa dia telah melihat mereka bertiga pada malam sebelumnya dan kesemua mereka telah Shahid. Ketika mereka dalam perjalanan ke Sarajevo mereka telah bertembung dengan 1 atau 2 buah kenderaan tentera Bosnia. Kenderaan-kenderaan ini membawa senjata-senjata berat. Mereka mula menembak kereta yang dinaiki oleh 4 orang saudara ini dan selepas 15 tiada seorangpun dari kalangan mereka berempat yang membalas tembakan kerana mereka telah samada Shahid ataupun mengalami kecederaan parah.

Setelah tembakan itu berhenti selepas 15 minit, Abu-Mu’az Al-Qatari membuka pintu kereta tersebut, beliau telah mengalami kecederaan yang teruk dan beliau mula menembak ke arah tentera Bosnia tersebut lantas berjaya membunuh 5 orang daripada mereka dan mencederakan 4 orang. Komunis Bosnia tersebut sangat terkejut dengan apa yang dilakukannya dan merekalangsung tidak bergerak. Apabila Magazinenya kosong beliau tidak dapat menggantikannya kerana kecedaraan yang dialaminya. Tentera Komunis Bosnia itu kemudiannya mendapatkan beliau dan mereka menembaknya. Beliau gugur Shahid pada pagi hari Jumaat, jam 11 dan bauan kasturi mengharumi tubuhnya. Isteri Abdullah Affendi berkata, ‘Para Mujahideen ini telah tinggal di rumah kami selama 2 hari dan mereka merupakan orang-orang yang sangat menjaga kehormatan dan berkeperibadian mulia’; maka beliau mengkebumikan suaminya bersama-sama dengan mereka.

‘Wahai saudara-saudaraku, apa yang boleh kita katakan? Di sebab kesedihan kita, air mata kita menitis. Air mata kita menitis atas persahatan yang dibina di atas dasar cintakan Allah dan persaudaraan.’

Abu-Harith Al-Bahrainee, Elyash, 1992, usia 23 tahun

Beliau membelanjakan banyak masa di Afghanistan dan beliau datang ke Bosnia pada 1992. Beliau selalu ketawa dengan banyak dan selalu membuatkan para sahabatnya ketawa dan bergembira. Seorang saudara yang sangat dikasihi oleh para Arab dan Bosnia. Beliau selalu menyeru saudaranya dengan gurauan. Saudaraku yang dikasihi. Sentiasa bergembira dam bersukaria di siang hari bersama-sama dengan saudara-saudaranya. Namun pada malam hari, saudara-saudaranya selalu mendengar beliau menangis sepanjang malam ketika beliau bersolat malam. Beliau selalu mencelakkan matanya. Pada suatu ketika, ketika para Mujahideen sedang di dalam sebuah operasi di Elyash menentang pihak Serb, beliau mencelakkan matanya dan beliau meminta para saudaranya agar melakukan perkara yang sama. Beliau merupakan orang yang kedua gugur di medan peperangan dan mereka tidak dapat mengebumikannya kerana kesengitan peperangan dan keadaan bumi yang penuh bersalji lalu mereka memasukkan tubuhnya kedalam batang sebuah pokok.

Daud Al-Bertany, David Sinclair, 1993, usia 29 tahun

Dilahirkan dan dibesarkan di UK, beliau berkerja di Hillsam Computer Consultancy dan pada suatu beliau ke tempat kerja memakai pakaian Islam. Apabila ditanya kenapa beliau berpakaian sedemikian, beliau menjawab, ‘Aku telah menjadi Muslim.’ Seminggu kemudian beliau telah dipecat dari jawatannya dan beliau telah ke Bosnia bersama 2 orang saudara lain. Beliau mempunyai 2 pasport dan sebaik sahaja beliau tiba di Bosnia beliau memberikan satu daripadanya kepada seorang saudara yang memerlukannya. Beberapa bulan kemudian beliau memberikan yang satu lagi. Selepas 4 bulan, saudara-saudaranya ingin pulang ke Britain untuk beberapa bulan dan mereka mengajaknya untuk turut serta. Beliau menolak lantas berkata, ‘Apakah yang ada untuk kulakukan di bumi kafir?’ Seorang yang tenang dan pendiam, kelakar juga. Beliau gemar mengawal saudara-saudaranya di pergunungan di dalam salji dan cuaca yang sejuk Seorang yang pantas mempelajari Islam dan bahasa Arab, beliau gemar mengikuti setiap sunnah Rasulullah SAW. Beliau tidur di atas lambung kanan dan bersolat pada sepanjang malam dan berpuasa pada kebanyakan hari. Komander Abu-Harith rahmatullah alaih berkata tentangnya, ‘Kami semua tahu yang Daud akan menjadi shuhadaa’ yang selepas ini di kalangan kami melihatkan yang beliau semakin tinggi di dalam iman dan taqwanya.’

Pada malam sebelum operasi, Daud bermimpi di mana beliau melihat dirinya berlari di dalam sebuah tempat dengan istana-istana di kiri dan kanannya. Beliau bertanya, ‘Kepunyaan siapakah rumah-rumah ini?’ Dan dikatakan kepadanya, ‘Ini adalah rumah-rumah para Shuhadaa’.’ Beliau bertanya, ‘Di manakah rumah Abu-Ibrahim?’, saudara Turki yang gugur ditembak oleh Pasukan Bangsa-bangsa Bersatu Perancis. Suatu suara memberitahunya, ‘Rumah Abu-Ibrahim di sana.’ Maka di dalam mimpi tersebut, Daud mula berlari ke arah rumah sahabatnya, Abu-Ibrahim. Kemudian beliau terjatuh dan terbangun dari tidurnya. Pada paginya satu operasi besar menghadapi Croat diadakan. Ketika di dalam operasi ini, ketika beliau sedang berlari, beliau telah gugur Shahid dengan satu tembakan ke jantungnya. Beliau terjatuh dan tubuhnya berguling ke bawah ke dalam kubu Croat. Selepas 3 bulan, tubuhnya dipulangkan kepada para Mujahideen. Tubuhnya tetap seperti sediakala, ianya berdarah dan berbau haruman kasturi. Tubuhya dalam keadaan berbaring di atas lambung kanannya.

Abu-Muslim At-Turki, Summer 1993, usia 51 tahun

Seorang saudara Turki yang menghabis kehidupannya di Britain tetapi yang menjalani kehidupan seperti seorang kafir. Beliau mengahwini seorang wanita Inggeris, tidak pernah bersembahyang dan beliau tidak pernah mengamalkan apa-apa daripada Islam.

Kemudian, Allah SWT menunjukkannya ke jalan yang benar. Apabila beliau terdengar tentang keadaan di Bosnia, beliau berkata kepada dirinya, ‘Aku mesti pergi ke Bosnia, dan aku mesti bertaubat kepada Allah SWT dan aku mesti berperang melawan Serb, mudah-mudahan Allah SWT mengampunkanku atas segala dosa yang telah kulakukan pada masa lampau.’ Dalam satu operasi menentang Croat, Ameernya telah tidak memilihnya kerana usianya yang telah tua. Maka beliau mula menangis, bukan tangisan yang perlahan tetapi beliau meraung seperti seorang bayi sehingga Ameernya membenarkankanya turut serta di dalam operasi tersebut. Beliau ditembak di tangannya yang menghancurkan tulangnya. Logam terpaksa dimasukkan ke dalam lengannya untuk jangka waktu 6 bulan. Abu-Muslim selalu melatih lengannya dengan kerap dan selepas 45 hari doktor mengatakan bahawa mereka boleh mengeluarkan logam tersebut. Semua orang terkejut dengan perkara ini.

Sebelum sebuah operasi besar menghadapi Croat, beliau bermimpi di mana beliau berjumpa dengan Rasulullah SAW. Maka beliau mula mencium kaki baginda SAW. Rasulullah SAW berkata kepadanya, ‘Jangan cium kakiku.’ Maka beliau mencium tangan baginda SAW. Rasulullah SAW berkata kepadanya, ‘Jangan cium tanganku.’ Kemudian Rasulullah SAW bertanya, ‘Apa yang kamu mahu Abu-Muslim?’ Abu-Muslim menjawab, ‘Wahai Rasulullah, tolonglah berdoa untukku agar di dalam operasi esok, aku gugur Shahid.’ Sebelum operasi tersebut, Ameernya Komander Abu-Harith rahmatullahi alaih, mula memilih mereka yang akan menyertai operasi tersebut. Beliau enggan membenarkan Abu-Muslim turut serta kerana beliau masih lagi cedera dan belum pulih sepenuhnya. Seorang saudara yang ada di situ pada ketika itu berkata, ‘Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa Abu-Muslim menangis dan terus menangis seperti seorang bayi dan beliau berkata kepada Ameernya, ‘Takutlah akan Allah dan aku akan mempertanggung -jawabkan kamu pada hari kiamat’.’ Saudara tersebut berkata kepadanya, ‘Jangan meraung dan menangis sebegitu kuat, mungkin pihak musuh akan mendengar suaramu.’ Abu-Muslim menjawab, ‘Demi Allah, sekiranya kamu tidak sertakan aku di dalam operasi ini, aku akan menangis sedemikian kuat, seluruh negara ini akan mendengar suaraku.’ Beliau berkata kepada Ameernya, ‘Sertakan aku didalam operasi ini, walaupun di belakang, sebagai orang yang terakhir di dalam operasi ini.’ Maka Ameernya bertanya, ‘Adakah kamu pasti, aku akan letakkan kamu dibelakang sekali?’ Beliau berkata, ‘Letakkanlah aku di mana sahaja di dalam operasi ini, di belakang sekali, tetapi sertakan aku di dalam operasi ini.’

Maka Abu-Muslim turut serta di dalam operasi tersebut dan walaupun beliau berada di belakang sekali, arah pertempuran itu berubah sehingga bahagian belakang menjadi hadapan dan beliau merupakan orang yang kedua gugur Shahid di dalam operasi tersebut dengan peluru ke jantungnya. Tubuhnya dikembalikan oleh pihak Croat selepas 3 bulan bersama dengan saudaranya dari England, Daud. Ianya berbau haruman kasturi dan tiada apa-apa perubahan keatas tubuhnya. Semua yang berada di situ menyaksikan bahawa tubuhnya telah menjadi lebih cantik dan putih semenjak kali terakhir mereka melihatnya.

Jamaluddin, Yemeni, 1993, usia 19


Semasa di dalam operasi menghadapi pihak Croat, Kalashnikov Jamaluddin rosak dan dengan pistolnya beliau membunuh 2 orang Croat. Dalam satu pertempuran selepas itu di mana pihak Muslim memperolehi kemenangan, sebuah bom mortar jatuh di sebelah beliau meletupkan separuh daripada tubuhnya lantas beliau gugur Shahid. Selepas operasi tersebut, pihak Mujahideen pergi mengambil tubuh-tubuh mereka yan gugur Shahid. Mereka menjumpai kesemua tubuh-tubuh tersebut kecuali tubuh Jamaluddin. 3 hari berlalu dan kem Mujahideen merasa bimbang akan kemungkinan pihak Croat telah mengambil tubuh Jamaluddin dan sedang mencacatkannya. Selepas 3 hari, sebelum solat Fajar, Ameer Mujahideen ketika itu Wahyuddin Nusri rahmatullahi alaih, bermimpi di mana beliau bertemu dengan Jamaluddin. Beliau bertanya, ‘Jamaluddin, Jamaluddin, di manakah tubuhmu? Kami telah berusaha mencari selama 3 hari.’ Jamaluddin menjawab, ‘Allah yang menjaga tubuhku.’ Wahyudin bertanya, ‘Kemanakah telah kau pergi Jamaluddin?’. Jamaluddin menjawab, ‘Aku telah bercakap-cakap dengan Allah SWT.’ ‘Apa yang Allah SWT katakan kepadamu’, tanya Wahyuddin kepadanya. Jamaluddin menjawab, ‘Allah SWT bertanya kepadaku, ‘Jamaluddin, kenapa kamu datang ke Bosnia?’.’ Dan aku berkata, ‘Ya Allah, aku ke sini hanya mencari keredhaanMu.’ Dan Allah SWT berkata kepadanya, ‘Hari ini aku ampunkan segala dosa kamu dan kamu boleh berterbangan di Jannah kemana sahaja yang kamu suka.’

Abu-Saif, Ash-Shahraani, Abu-Hammad Al-Uthaibee, Bialabuja, 1993

Abu-Saif adalah seorang tentera di dalam Pasukan Tentera Saudi Arabia. Pada suatu hari ibunya yang sedang duduk-duduk di rumah telah melihat berita di kaca TV apabila berita tentang penindasan dan pembunuhan umat Islam di Bosnia dilaporkan. Apabila beliau melihat berita tersebut, beliau berkata kepada Abu-Saif, ‘Anakku, bangun dan pergi. Lihatlah apa yang mereka sedang lakukan. Mereka sedang merogol saudara wanita kita dan membunuh saudara lelaki kita. Anakku, bangunlah dan pergi…aku tidak mahu melihatmu lagi.’

Abu-Saif pergi ke Riyadh untuk berjumpa dengan teman perjalanannya, Abu-Hammad Al-Uthaibee. Bersama-sama mereka menuju ke Bosnia. Mereka tiba di kem para Mujahideen pada suatu hari Rabu, selepas menempuh perjalanan yang panjang dan menyulitkan. Pada ketika ini, mereka telah menjadi teman yang sangat akrab dan semua para Mujahideen mengetahui tentang kecintaan dan persaudaraan di antara Abu-Saif dan Abu-Hammad. Mereka menamatkan latihan dan tiba di barisan hadapan, perkampungan Bialabuja pada suatu hari Rabu.

Pada malam pertama mereka di situ, Abu-Khalid Al-Qatari rahmatullahi alaih menceritakan, ‘Abu-Hammad datang kepadaku pada pukul 1 pagi dan membangunkanku.’ Beliau berkata, ‘Abu-Khalid, bangun, satu solat pada malam ini adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.’ Abu-Khalid Al-Qatari bangun dan pergi mengerjakan wudhu’. Apabila beliau kembali, beliau mencari Abu-Hammad tetapi tidak berjumpa dengannya. Kemudian beliau pergi ke sebuah bilik di sudut rumah tersebut di mana senjata disimpan. Beliau masuk ke dalam bilik tersebut dan melihat Abu-Hammad sedang dalam sujud di satu sudut bilik tersebut berdoa dan menangis, ‘Ya Allah, rahmatilah diriku dengan Shahid…. Ya Allah, rahmatilah diriku dengan Shahid.’ Abu-Hammad datang ke Bosnia walaupun menghadapi satu kesakitan yang teruk yang menyebabkan beliau kesakitan yang amat sangat dan memaksa beliau berjaga di malam hari. Sesetengah para Mujahideen pernah mendengar beliau menangis dan menghetnak-hentak dinding di tengah malam. Abu-Hammad sentiasa membawakan air dari perigi untuk saudara-saudaranya, samada itu tugasnya ataupun tidak. Pada suatu malam pihak Serb melancarlan serangan ke atas perkampungan tersebut lantas pihak Mujahideen keluar menentang mereka. Abu-Saif berada di hadapan manakala Abu-Hammad berada di belakang. Sebuah peluru 120 mm jatuh berhampiran dengan Abu-Hammad mengoyak mulut dan tekak beliau. Beliau jatuh dan mengangkat jari telunjuk kanannya 3 kali, membiarkannya tinggi pada kali terakhir sebelum Allah SWT mengambilnya. Semua para Mujahideen bersetuju untuk tidak memberitahu Abu-Saif kerana beliau pasti akan merasa sedih apabila mendengar berita tersebut. Apabila Abu-Saif bertemu dengan mereka yang lain selepas letupan tersebut, beliau bertanyakan kemanakah Abu-Hammad. Mereka berkata bahawa beliau terpaksa kembali ke perkampungan tersebut tetapi beliau meninggalkan ‘machine gun’ PKnya untuk Abu-Saif. Abu-Saif sangat gembira dan diambilnya PK tersebut. Di dalam operasi tersebut, beliau berada di hadapan dan beliau membunuh ramai Serb dengan PKnya sebelum beliau gugur Shahid dengan 2 peluru ke kepalanya dan 1 ke jantungnya. Abu-Saif melihat ke arah sesuatu di langit untuk beberapa ketika. Mereka yang lain hairan melihat perbuatannya. Kemudiannya beliau jatuh kepada kedudukan bersujud dengan masih memegang senjata PK Abu-Hammad. Beliau kekal dalam kedudukan tersebut beberapa sangat menyebut, ‘Allahu Akbar….Allahu Akbar.’

Seseorang cuba mengambil senjatanya daripadanya tetapi beliau memegangnya dengan kuat dan beliau tidak melepaskan senjatanya sehingga beliau gugur Shahid. Abu-Saif dan Abu-Hammad dikebumikan bersama di dalam sebuah kubur seperti 2 orang Sahabat yang gugur Shahid di dalam peperangan di zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata tentang mereka, ‘Mereka mencintai satu sama lain di dunia ini dan mereka akan mencintai satu sama lain di akhirat.’


Abu-Khalid Al-Qatari, 1993

Ahli Pasukan Kebangsaan Qatar dalam sukan ‘handball’, beliau datang ke Bosnia pada akhir tahun 1992. Beliau gemar menjalankan tugas berkawal sebanyak 2 shift di dalam cuaca yang sejuk. Beliau merupakan seorang yang sangat merendah diri dan sangat bertaqwa. Beliau berketurunan kulit hitam tetapi para saudaranya menggambarkan wajahnya seolah-olah sebuah lampu yang bercahaya kerana sinar dan nur di wajahnya. Beliau mempunyai 2 tanda sujud yang besar di dahi disebabkan sujud yang panjang kerana beliau selalu bersolat sepanjang malam. Pada suatu ketika beliau ditanya, ‘Bilakah kamu kana pulang ke negara asalmu?’ Beliau menjawab, ‘Aku mahu menjadi shuhadaa’ di sini…..

bersambung insha'Allah

"Sejarah Islam tidak tertulis melainkan dengan darah para shuhada’ dan melainkan dengan kisah para shuhada'" - Sheikh Abdullah Azzam


src : http://www.geocities.com/PicketFence/3131/parashuh.htm

Comments

Unknown said…
Sedih mengenangkan umat islam di negara lain terpaksa bermatian demi sebuah kehidupan.

Sayangnya ramai antara kita tidak bersyukur kerana negara kita makmur dan aman.

Ramai pemimpin negara-negara Islam hanya butakan mata dan pekakkan telinga kerana tidak mahu kepentingan mereka terjejas.

Kenapa negara-negara Islam tidak boleh bersatu?

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT