4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers

Puas hati!
Baru selesai mengkhatamkan halaman terakhir buku ini. Sejak mengetahui buku ini dilancarkan di Pesta Buku 2008, saya juga tidak mahu ketinggalan memiliki buku ini seperti mereka yang lain, peminat setia Saifulislam.com. Saya sempat menghantar sms jika tidak silap, kepada 6 individu yang berlainan untuk mendapatkan buku ini, dan alhamdulillah, ibubapa saya berjaya mendapatkannya. Terima kasih kepada mak abah.
Semalam, saya mengusung bersama buku ini ke PKNS selain dari tujuan utama untuk memperbaharui passport. Sambil duduk-duduk, sambil berdiri, menunggu kakak dan emak yang melihat aksesori wanita, saya menjadi bosan. Mungkin kerana saya seorang yang simple dan biasa. Mungkin. Saya sempat membelek-belek helaian demi helaian buku ini di hadapan orang ramai yang lalu lalang. Pelik mungkin mereka menyaksikan saya sedang membaca buku (huhu). Sekadar membudayakan amalan yang mulia ini di mana-mana.
Bagi pelanggan atau pembaca setia majalah ANIS, anda tentu tidak pernah ketinggalan membaca artikel ustaz Hasrizal, namun tidak bagi saya. Buku ini menghimpunkan tulisan ustaz Hasrizal di dalam majalah ANIS dan mengandungi 227 halaman bercetak. Saya tertarik untuk berkongsi beberapa artikel berkisarkan tentang kehidupan dan rasanya wajar untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan sebelum berumah tangga, sedang melayari alam rumah tangga mahupun yang berada di umur yang senja.
Muka surat 5
Tanpa saya sedar, saya mendapat kekuatan untuk menerima kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk! Kekuatan itu datang dari satu prinsip hidup saya yang penting, ‘ERTI HIDUP PADA MEMBERI’. Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu ialah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan daripada isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekalipun kebaikan itu.
Saya masih ingat pesanan seorang senior di Belfast. “Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita mengganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka, selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. T erimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai,” kata kak Naz dan abang Rozli semasa saya menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga.
Nasihat itu saya pegang hingga hari ini.
Muka surat 16
Jangan tergesa, jangan bertangguh
Namun, bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumah tangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar proses perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja. Sebab itulah saya sering memberi dorongan kepada adik-adik bahawa, kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.
Saya cukup terkilan apabila mendengar ada dari kalangan adik-adik, khususnya muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit dicelah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya dengan sewenang-wenang membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW, “Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah dimuka bumi dan kerosakan yang luas”. (Riwayat Tarmizi)
Pesan saya kepada adik-adik di kampus, dalam soal perkahwinan ini, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH.
Muka surat 35
Kesan perhubungan
Di peringkat praperkahwinan ini juga, kita harus beringat terhadap kesan tindak-tanduk untuk jangka masa yang panjang. Ketika mahu ber’couple’, keluar tengok wayang bersama, merosakkan anak dara dan teruna orang lain..fikirkan dengan sense of begin with the end in mind.
Hidup sementara wahai sahabat..namun kesan amalan kekal selamanya.
Sama ada ia menjadi kebaikan yang memberikan kesejahteraan yang berkekalan pada kehidupan di alam sana, atau dosa yang menempa bencana dan seksa di neraka Allah yang murka. Fikirkan dosa dan pahala. Fikirkan syurga dan neraka. Bahawa setiap sentuhan tanganmu ke atas kulit pasangan yang kamu ghairahkan itu..ada api yang akan merentungkannya. Rentung yang tidak mati, tetapi rentung yang mengekalkan derita dan seksa.
Sebelum kamu sentuh seorang perempuan yang kamu angkat sebagai bidadari hidupmu itu tanpa ikatan sah yang menghalalkannya, fikirkan kembali sakitnya ibu perempuan itu mengeluarkannya dari perut bersabung nyawa. Sanggup merisikokan mati, demi melahirkan seorang anak perempuanyang suci bagai kain putih, dan hari ini kamu yang muncul dalam hidupnya itu, mahu mencemarkan perempuan itu?!
Tergamak kamu?
Muka surat 76
Bagi sang isteri
Manakala bagi sang isteri, fahamilah jua bahawa suamimu berfikir dengan cara berbeza. Keputusannya banyak oleh pertimbangan akal, sesuai dengan bahu dan tangannya yang berat memikul tanggungjawab. Apabila suami bertanya, dia mahukan pandangan. Dia mudah rimas jika ruang perbincangan diisi dengan esakan, tangisan, dan bukannya buah fikiran. Suami mencari penyelesaian, bukan sekadar perhatian dan perasaan.
Sama ada isteri itu seorang suri rumah, atau kerani, cikgu mahupun doktor dan jurutera, nalurinya adalah naluri wanita. Kaya emosi dan mungkin kurang berminat dengan rasional dan justifikasi.
Belajarlah untuk saling memahami
Muka surat 112
Memberi tanpa diminta
Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.
Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah aku lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?
Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayangNya. Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT.
Muka surat 125 (reminder for us as a doctor)
Kelahiran Muhammad Imaduddin
Selepas sehari semalam di hospital, isteri saya dibenarkan pulang ke rumah. Ada sedikit rasa marah kerana tidak ada langsung mana-mana Junior Doctor yang datang memeriksa anak saya, tetapi apabila surat discharge dikeluarkan, semuanya telah sedia dicatat. Semua normal belaka! Ia adalah laporan palsu, dan ini merupakan satu negligence oleh pihak hospital. Untuk kami, Alhamdulillah, isteri saya seorang doktor, dan rakannya yang juga seorang Medical Officer dalam O&G sudahpun memeriksa secara off record. Tetapi Junior Doctor yang sepatutnya memeriksa bayi kami, tidak menjalankan tugas dan membuat laporan palsu.
Muka surat 133
Muhammad Imaduddin genap setahun
“Awak ada pembantu rumah?”
“Suami awak boleh memasak?”
“Keluarga awak supportive?”
“Awak ada berapa anak?”
“Bila awak merancang untuk mendapat anak seterusnya?”
Itulah soalan-soalan bertubi yang ditanya oleh panel temuduga semasa isteri saya memohon untuk membuat program Sarjana Klinikal di dalam Perubatan Kecemasan. Tidak ada satu pun soalan yang bersifat klinikal. Semuanya soalan sosial.
Sesuatu yang diketahui umum, kecundangnya doktor-doktor di dalam perjalanan mereka untuk menjadi doktor pakar ialah, bukan kerana kelemahan akademik, tetapi berpunca daripada faktor sosial. Terutamanya doktor perempuan.
Awalnya, saya pun terasa bahawa soalan yang ditanya itu sedikit keterlaluan. Tetapi awal 2006, kami mula merasainya. Apabila Ummu Saif diberitakan oleh pening-peningnya bahawa beliau mengandung anak kami yang ketiga, perjalanan kehidupan kami mula teruji.
Paling menakutkan kami ialah, cuti yang diperuntukkan untuk seorang doktor yang sedang mengikuti program Sarjana Klinikal ini hanya dua minggu bagi setiap enam bulan! Dua minggu itu termasuk EL (emergency leave) dan cuti-cuti yang dipohon.
dan seterusnya. ‘Aku terima nikahnya’ inshaAllah, wajar dibuat koleksi peribadi. Saya sukakan buku ini dan tidak akan jemu untuk mengulangnya.

src : http://sabrashatila.hadithuna.com/2008/06/21/aku-terima-nikahnya/

1 comments:

sue pun suka baca buku ni .. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites