4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers

1) APABILA SAUDARA MENDENGAR AZAN, MAKA BANGUNLAH BERSEMBAHYANG
SERTA MERTA WALAU BAGAIMANA KEADAAN SAUDARA SEKALIPUN.



2) BACALAH AL QURAN ATAU TATAPILAH ILMU ATAU PERGILAH MENDENGAR
PERKARA YANG BAIK ATAU BERZIKIR, JANGAN SAMA SEKALI MEMBUANG MASA DALAM
PERKARA SIA-SIA



3) BERUSAHA SEDAYA UPAYA BERTUTUR DALAM BAHASA ARAB FUSHA, KERANA
IA MERUPAKAN SALAH SATU SYAIR ISLAM.



4) JANGAN BANYAK BERDEBAT DALAM APA PERKARA SEKALIPUN KERANA
PERTENGKARAN KOSONG TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG KEBAIKAN.



5) JANGAN BANYAK KETAWA KERANA HATI YANG SENTIASA BERHUBUNG
DENGAN ALLAH ITU SENTIASA TENANG LAGI TENTERAM



6) SAUDARA JANGAN BERGURAU KERANA UMAT YANG BERJIHAD SENTIASA
BERSUNGGUH DAN SERIUS DALAM SETIAP PERKARA.



7) JANGAN BERCAKAP LEBIH NYARING DARIPADA KADAR YANG DIKEHENDAKI
OLEH PENDENGAR KERANA IA MENJEMUKAN DAN BOLEH MENYAKITKAN PENDENGAR

-- sue ann kene bace ni. Tp die non – muslim…





8) JAUHI DARI MENGUMPAT PERIBADI ORANG, MENGECAM
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN DAN JANGAN BERCAKAP MELAINKAN PERKARA YANG MENDATANGKAN KEBAIKAN



9) BERKENALANLAH DENGAN SETIAP RAKAN YANG DITEMUI,SEKALIPUN TIDAK
DIMINTA BERBUAT DEMIKIAN KERANA ASAS DAKWAH KITA IALAH BERKASIH SAYANG
DAN BERKENALAN



10) KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI WAKTU, OLEH ITU BANTULAH RAKANMU
UNTUK MEMAMFAATKAN WAKTU MEREKA DAN JIKA KITA BERURUSAN MAKA SINGKATKANLAH
MASA PERLAKSANAANNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites