Taubat - Mudah atau Susah?

Seringkali kita mendengar tafsiran berbeza tentang taubat. Ada yang menganggap is sebagai satu level yang hanya perlu dibicarakan ketika usia pencen. Ada pula yang menyangka diri telah bertaubat tetapi sebenarnya tidak. Ada yang terlalu kecewa dengan dosa yang terlalu banyak lalu membuat keputusan bahawa taubatnya tidak akan diterima oleh Allah SWT. Ada juga yang melatakkan syarat tertentu.. mesti buat itu dan buat ini barulah taubat akan sah atau diterima.

Apa yang jelas daripada perkataan taubat ialah istilah 'kembali'. Kembali kepada asal kejadian iaitu mentaati Allah SWT. Ia mengandungi maksud meninggalkan kesalahan. Maka untuk bertaubat, tinggalkan perbuatan yang salah itu walaupun telah lama kita lakukan. Sebaik sahaja kita tinggalkan ia, maka kita sebenarnya telah bertaubat.

Satu lagi makna yang terkandung dalam taubat ialah apa yang telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith riwayat Ahmad yang berbunyi : "Menyesal itu adalah taubat." Maka untuk bertaubat, perlukan 'penyeslan'. Ia tidak boleh dilakonkan atau direka. Ia datang daripada hati yang benar dan ikhlas menyedari bahawa diri telah melakukan dosa lalu merasa diri amat bersalah.

Bertaubt juga tidak perlukan anda untuk menukar baju baru atau kehidupan baru.. tidak juga perlukan kepada solat sunat khusus atau puasa sunat khas atau apa2 pengesahan daripada sesiapa. ia adalah antara anda dan Tuhan anda..

ayuh, praktikkan segera!

src : http://alitanwi.blogspot.com/2007/05/taubatmudah-atau-susah.html

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT