4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers

akum…….

ana ada kemusyikalan..apakah hukumnya jika lelaki n perempuan yg bukan mahram berbual melalui telefon,chattingke,smske…adakah ini dibenarkan dalam islam..??..ana ada terbaca fatwa syeikh soleh bin fauzan,jilid ketiga yg mengatakan tidak boleh melakukan yg sedmikian kerana ia adalah membuka ruang kpd zina..?adakah benar demikian?

….ana tak faham bagaiman benda2 ni boleh mmbawa kpd pnzinaan padahal jika dilihat adakah salah kita berhubung,kawan dengan kawan,bertanya khabar,mengeratkan lagi silaturrahim..saling tegur menegur…dan sebagainya..??

dan jika bercinta sekalipun,contoh ana dok kat pj,tapi gfrend ana tu dok kat kedah,bagaimana mungkin ana boleh bertemu dgnnya..?
antara sebabnya dharamkan perkara yg demikian itu,adalah dsebabkan kelunakkan suara perempuan itu…adakah bila kita bercakap dengan perempuan dalam telefon,tiba2 je nafsu kita terangsang..??..kerana mendengar suara perempuan yg merdu itu..??

bagi ana,adalah dbolehkan bercakap,berbual2 dgn perempuan yg bukan mahram melalui tel..asalkan perbualan tersebut bukan berunsur maksiat(mencarut2),tidak melalaikan dari mengingati allah,tidak akan membawa kita melakukan zina,…dan jika perbualan tersebut mengandungi isi2 yg berbentuk nasihatke,…
ana minta penjelasan daripada insan yg arif…jawapan:

suara wanita bukanlah aurat. Kalau tidak masakan kaum wanita zaman nabi boleh berbicara dgn nabi malah dibaiah; umar ditegur oleh wanita dalam isu mahr; banyak hadith diriwayatkan oleh Aishah R.A; dsb.

Cuma yang dilarang seperti yang disebut di dalam al-quran:
Firman Allah S.W.T:
“Oleh itu jgnlah kamu berkata-kata dgn lembut manja (semasa bercakap dgn lelaki asing) kerana yg demikian boleh menimbulkan keinginan org yg ada penyakit di dlm hatinya (menaruh tujuan buruk kpd kamu) dan berkatalah dgn kata-kata yg baik (sesuai dan sopan).” (Surah Al-Ahzab: ayat 32)

Ayat ini merujuk kepada kata-kata yang lembut manja menggoda, bak kata orang…tergedik2..inilah yang terlarang. Adapun komunikasi biasa (kata2 baik sesuai dan sopan), tidaklah terlarang.

Oleh Sheikh Ziyad

—–

Suara wanita bukanlah aurat dan ia dituturkan didalam batas-batas syara’ yang telah ditetapkan. Suara wanita perlulah dibataskan agar tidak berbentuk menggoda, atau kerana ingin menarik perhatian dan membangkitkan syahwat lelaki, dan supaya tidak menimbulkan fitnah. Ia akan menjadi haram jika timbulnya Fitnah. Berkata Dr Nasr Farid Wassel, Mufti Mesir mengenai wanita membaca Al-Quran di hadapan lelaki :

الإسلام لا يَسُدُّ على المرأة بابًا من أبواب الخير تتسع له طاقاتها وتُؤهِّلها له إمكاناتها، ويَحثُّها على أن تستغلَّ كل مَواهبها التي وَهَبَها اللهُ إيَّاها، شريطةَ أن تقف عند حدود الدين والأخلاق، ولا تَحرُمُ قراءتها أمام الرجال أو إظهار صوتها إن كان مُحقِّقًا لهذا الغرض الشرعيِّ إن كانت مع مَحرم لها ومع أمْن الفتنة، بشرط ألا تتكسَّر في كلامِها أو تَستثير الرجال بالمدِّ والترخيم وما إلى ذلك مما هو خارج عن حدود النطق السليم ويدعو إلى الإثارة والشهوة لدَى السامعين، لقوله تعالى مُخاطبًا نساءَ النبيِّ خاصة ونساء المؤمنين عامَّة:
(يَا نساءَ النبيِّ لَسْتُنَّ كأَحَدٍ مِنَ النساءِ إنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلا تَخْضَعْنَ بالقَوْلِ فيَطْمَعَ الذي في قلْبِهِ مَرَضٌ وقُلْنَ قَوْلًا مَعروفًا) (الأحزاب: 32).

Kesimpulan jawapan Mufti tersebut :

“Islam tidak menghalang atau menutup pintu-pintu bagi seorang wanita itu meluaskan keupayaan dan kelebihannya, dan digalakkan mereka menyumbangkan bakat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, dengan syarat ia tertakluk kepada batasan agama dan akhlak. Pembacaan seorang wanita tidaklah diharamkan dihadapan lelaki atau menzahirkan suaranya bagi mencapai penyampaian yang baik dan dibenarkan oleh syara’, jika dengan adanya mahramnya, dan aman dari fitnah. Dengan syarat juga ia tidak perkataannya tidak membangkitkan keinginan lelaki dengan memanjang-manjangkan dan melembut-lembutkan , dengan membataskan sebutan-sebutan yang lembut dan mengajak kearah membangkitkan syahwat disisi pendengar. Firman Allah swt kepada isteri-isteri Nabi khasnya dan seluruhan Mukminin amnya :

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). - [Al-Ahzab : 32)""
---------

Berkata Imam Ibnu Kathir berkenaan dengan surah Al-Ahzab [53 dan 32] :

أي لا تُلِنَّ القول . أمرهن الله أن يكون قولهن جزلا وكلامهن فصلا ، ( أي يكون كلامها جادا مختصرا ليس فيه ميوعة ) ولا يكون على وجه يظهر في القلب علاقة بما يظهر عليه من اللين ، كما كانت الحال عليه في نساء العرب من مكالمة الرجال بترخيم الصوت ولينه ، مثل كلام المريبات والمومسات ، فنهاهن عن مثل هذا .
فيطمع الذي في قلبه مرض أي يتطلّع للفجور وهو الفسق والغزل .
والقول المعروف: هو الصواب الذي لا تنكره الشريعة ولا النفوس. والمرأة تندب إذا خاطبت الأجانب وكذا المحرمات عليها بالمصاهرة إلى الغلظة في القول , من غير رفع صوت ، فإن المرأة مأمورة بخفض الكلام . انتهى .

“Ini bermakna mereka tidak boleh bercakap secara lembut. Allah merintahkan mereka bercakap secara padat dan tegas (mereka seharusnya serius dan ringkas perkataannya, dan tidak bercakap tidak tentu arah) . Tidak memungkinkan menunjukkan tanda-tanda di wajah mereka apa-apa kelembutan didalam hati mereka, sebagaimana wanita Arab (sebelum Islam) biasa melakukan apabila bercakap dengan lelaki, dengan melembutkan suara mereka seperti wanita yang menjaga kanak-kanak, atau seperti pelacur. Allah melarang wanita melakukan seperti itu.

Perkataan “menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) ” membawa makna keinginan mereka yang ingin melakukan perkara yang mungkar atau syahwat. “berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan) ” bermakna bercakap dengan tidak melanggar syariah atau kejahatan. Wanti digalakkan apabila bercakap dengan mereka yang bukan mahram dengan keadaan yang seruis dan ucapan yang padat, tanpa meninggi suara, kerana mereka diarahkan merendahkan suara mereka”

Oleh Sheikh Kamin
————-

Jadi, suara perempuan itu pada asalnya bukanlah auratm elainkan ia diluar batasan syara’. Demikian juga ketika berbual di dalam telefon. Di samping ianya perkara lagha dan membazir (jika borak2 kosong). WA.

src : http://soaljawab.wordpress.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites