Doa utk ibu bapa

Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka
deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka
memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk
mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah
yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Nota :

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.

Percayalah bahawa anak yang derhaka, siksanya didahulukan didunia ini...

src : www.mymasjid.com.my

Comments

Unknown said…
Apa jua keadaan hidup kita.
Apa jua keadaan ibubapa kita.

Sayangi mereka seperti mereka menjaga dan menyangi kita semasa kecil.

Jika mereka melakukan kesilapan kepada kita, jgnlah kita berdendam dan membenci mereka kerana kita juga melakukan kesilapan, tiada org yang sempurna.

Hargailah pengorbanan mereka.
Mereka tidak berkehendakan kekayaan dari anak-anak mereka tetapi mereka cukup gembira apabila anak2 mereka berjaya, menghargai dan mengingati mereka.

Kehidupan kita tidak lama, berbakti dan sayangilah mereka sementara mereka masih ada.

Amin....

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT