Di Manakah Kita? & Filem Fitna

Di manakah ketegasan Saidina Abu Bakar
Di manakah keperkasaan Saidina Umar
Di manakah kewibawaan Saidina Uthman
Di manakah kebijaksanaan Saidina Ali

Penayangan filem “FITNA” yang menghina Islam telah diterbitkan oleh Naib Parti Kanan Pelampau Holland ‘Geert Wilders’ telah ditentang oleh kerajaan dan rakyat Holland. Buktinya apabila Presiden Holland telah menolak tawaran untuk menyaksikan tayangan filem tersebut kerana kerajaan telah menjangkakan filem ini akan menyentuh sensitiviti umat Islam seluruh dunia dan akan menimbulkan kecaman terhadap rakyat Holland itu sendiri. Tetapi penerbit filem "FITNA" ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa filem ini adalah satu kewajaran dan tidak menyalahi undang-undang. Pada awalnya filem ini telah disekat penayangannya, namun penerbit filem ini tetap meneruskan hasratnya dengan menyiarkan separuh dari tayangan filem ini di internet selama enam minit. Dan kesempatan ini telah diambil oleh televisyen Holland untuk menyiarkan semula petikan filem tersebut. Namun kerajaan Holland tidak mengambil sebarang tindakan diatas penyiaran filem yang menghina Islam ini.

Filem "FITNA" telah ditayangkan selama 15 minit didalam dalam sebuah laman web pada 27 Mac hanya untuk mengkritik Islam dengan menunjukkan sebahagian dari ayat-ayat Al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas yang dituduh sebagai Islam.

Antara sebahagian ayat-ayat yang di telah diputar belit di dalam tayangan ini untuk mempertontonkan bahawa Islam adalah sebuah agama pengganas ialah :

Surah Al-Anfal ayat 60 :
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persedian itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya "

Selepas itu ditayangkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York yang dipercayai telah didalangi oleh orang Islam. Dan juga pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada tahun 2004, pengeboman di London pada tahun 2005 disertai dengan ucapan khutbah dari orang Islam dan wajah seorang Islam yang sedang berdoa.

Surah An-Nisa' ayat 56 :
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur dan ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api nerak. Tiap-tiap kali kulit-kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan( ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana "


Visual gambaran orang yang sedang berkhutbah tentang jihad supaya memerangi orang kafir dengan disambut dengan takbir 'Allahuakbar' oleh hadirin telah ditayangkan supaya menimbulkan rasa benci terhadap agama Islam. Dan pertanyaan seorang wanita terhadap kanak-kanak perempuan muslim yang berumur tiga tahun setengah yang bernama 'Basmalah' tentang Yahudi dan budak perempuan tersebut mengatakan yahudi adalah beruk dan babi sebagaimana disebut oleh Allah didalam Al-Quran.


Surah Muhammad ayat 4 :
"Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) makapancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya"


Keratan berita pembunuhan pengeluar filem Belanda yang menghina Islam 'Theo van Gogh' di Amsterdam street pada akhir tahun 2004 dan perhimpunan orang Islam yang menyokong pembunuhan tersebut. Gambar seorang lelaki yang menutup mukanya dengan kain serban memegang Quran disebelah tangan kanan dan pedang disebelah tangan kirinya. Gambar orang mengangkat pedang yang berlumuran dengan darah. Klip video sekumpulan pemuda yang menutup muka mereka yang berlatarbelakangkan kalimah 'lailahaillah' telah memancung kepala seorang lelaki.


Inilah sebahagian ayat-ayat Al-Quran yang telah disiarkan dalam filem "FITNA". Dan antara sebahagian isi tayangan filem tersebut berkaitan dengan serangan keatas askar US beberapa tahun yang lepas, gambar dari sudut belakang seorang lelaki yang sedang menembak salah seorang wanita Pakistan, lukisan karikatur yang menghina Rasullullah s.a.w. tayangan ini telah diakhiri dengan kenyataan daripada paderi yang radikal yang membuat dakwaan membabi buta menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang ekstrim dan inilah realiti agama Islam.

src : http://afzanurrahman.blogspot.com/2008/05/di-manakah-kita.html

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT