4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers

Jun 17, 2008 — mohd masri
Ust. Abdul Kadir
فقهاء: الاعتراض السلمي على الحاكم جائز
Fuqaha’: Bantahan aman ke atas pemerintah adalah harus
Petikan Akhbar Mesir
Ahmad Mahmud, Islamonline.net

القاهرة- أكد عدد من فقهاء مصر وعلمائها أن الاعتراض السلمي على الحاكم أمر جائز شرعا، لافتين إلى وجوب أن يتحلى المعترض بآداب الإسلام في إسداء النصح للحاكم أو ولي الأمر.

Kaherah: Beberapa fuqaha Mesir dan ulamanya menegaskan, bantahan aman ke atas pemerintah adalah perkara yang dibenarkan di dalam syara’, disamping mereka menekankan wajibnya orang yang memprotes itu mengamalkan adab-adab Islam dalam menyampaikan nasihat (secara memprotes) kepada pemerintah atau Ulil al-Amr.

وطالب العلماء والفقهاء -الذين استطلعت إسلام أون لاين آراءهم- الجماهير باتخاذ وسائل للتعبير السلمي الذي يسهم في وصول مطالبهم إلى أولي الأمر، وفي نفس الوقت يحفظ أمن الوطن من المتربصين به في الداخل والخارج.. وأوضحوا أن الخروج على الحاكم أمر يرفضه الشرع ما لم يمنع الصلاة أو يأمر بمعصية

Para ulama dan fuqaha yang diambil pandangan mereka oleh web islamonline meminta orang ramai menggunakan beberapa cara yang selamat yang dapat menyampaikan tuntutan mereka kepada pemerintah. Dalam masa yang sama memelihara keselamatan Negara dari pengintip-pengintip dari dalam dan dari luar negara. Mereka menjelaskan, keluar memberontak terhadap pemerintah adalah perkara yang ditolak oleh syara’ selama-mana pemerintah tidak melarang menunaikan solat atau menyuruh melakukan maksiat.

واختلفوا حول حكم الشرع في كون من سقطوا في مصادمات الشرطة مع المتظاهرين والمضربين شهداء أم لا.. ودعوا الطرفين إلى ضبط النفس والبعد عن الاستفزاز الذي يؤدي إلى إزهاق الأرواح، خاصة أن النفس في الإسلام لها حرمة الكبيرة.

mereka berbeza pendapat tentang hukum orang yang terbunuh dalam pertembungan antara pihak polis dengan penunjuk perasaan dan pemogok sebagai syahid ataupun tidak. Disamping kesemua mereka menyeru untuk mengawal diri dan menjauhkan dari membuat provokasi yang boleh membawa kepada kehilangan nyawa, terutamanya nyawa di dalam Islam memiliki penghortatan yang besar.

وأكدوا أن الحل في أن يعرف الحاكم واجباته تجاه شعبه والتي سيسأله الله عنها، وفي نفس الوقت يتجنب الرعية الخروج على الحاكم ملتزمين بأداء واجب النصح كما أمر الإسلام.

Mereka menegaskan penyelesaian sebenarnya ialah dengan pemerintah mengetahui tangung-jawabnya terhadap rakyatnya yang akan ditanya oleh Allah nanti dan dalam masa yang sama rakyat menjauhkan diri dari keluar memberontak terhadap pemerintah yang melaksanakan tanggungjawabnya sepertimana yang disuruh oleh Islam.

src : http://soaljawab.wordpress.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites